>

beauty in a japanese toilet, originally uploaded by whitneyarner.

Ini cerita tandas. Nampak jijikkan? Tempat najis. Tapi ia sangat berjasa kepada kitakan? Jika tidak, di mana kita hendak melepaskan hajat kita itu kan?

Di Jepun revolusi tandasnya jelas kelihatan. Ia berkembang dari tandas mencangkung kepada tandas ala barat sebagaimana kita juga mengalaminya. Tandas atau トイレ(dibaca dengan toire) merupakan kependekan Toilet dari Bahasa Inggeris. Pun begitu ia juga digelar お手洗い (dibaca otearai) yang merujuk kepada tempat membasuh tangan.

Di Jepun, tandas tradisionalnya sama seperti tandas mencangkung kita tetapi ada penutup di bahagian depannya.

Tandas duduknya pula ada sesuatu yang menarik. Tempat menakung airnya, ada pancur yang mengeluarkan air di sebelah luar. Tujuannya untuk diletakkan pewangi atau alat anti bakteria yang akan mengalir bersama-sama iar ke dalam takungan di sebelah dalam. HE pula meletakkan gayung untuk menadah air agar senang beristinjak.

Seperkara lagi ialah washlet iaitu panel pancur untuk beristinjak. HE kira amat sesuai dengan kegunaan di negara kita. Ia ada pancuran betul-betul ke dubur dan juga ada pilihan untuk pancuran untuk alat kelamin wanita. HE rasa hendak bawa pulang satu tetapi agak mahal juga dan mungkin juga komplikasi pada soket.

Apa kata buat ceduk teknologi ini dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia serta jadikan ia lebih murah. Mungkin banyak permintaan. Mungkin cara ini tidak ada cerita busuk lagi.

Mungkin.