>

a breath, originally uploaded by hkvam.

“Sekarang ni asyik teringat pasal …”; isteri.
“Baik tapi berpadalah, jangan sampai tidak bersemangat meneruskan hidup”; HE.

Allah menyarankan kita mengingati mati kerana mahukan kita tidak bongkak, tidak sombong dan lupa siapa kita serta tujuan kita di bumi ini.

Firmannya: “Di mana saja kamu berada, mati pasti akan menjumpaimu, walau sekali pun berada dalam mahligai yang kukuh dan kuat.” – (Surah an-Nisa’, ayat 78).

Itu hakikat. Mati itu noktah kehidupan di bumi ini.

Tapi Allah tidak pernah menidakkan kehidupan ini tanpa usaha dan pembaikan diri.

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Surah Ar Ra’d, 11)

Semuanya terpulang kita. Hidup ibarat lilin. Kita tahu yang akhirnya lilin itu akan terpadam. Cuma kita belum pasti ia terpadam sehingga penghujung hayatnya atau apinya hilang kerana dihembus bayu. Pun begitu, sang dian itu akan meneruskan tugasnya untuk menerangi hidup.