>Oscar 2009: Malam Buat Slumdog Millionaire

>Oscar 2009 telah berlangsung hari ini dengan kegemilangan Slumdog Millionaire (SM) diangkat sebagai Filem Terbaik sebagaimana ramalan HE dalam entri sebelum ini. Kejayaan SM memang sudah dijangka kalangan pengkritik filem di Hollywood dan ia dibuktikan di Kodak Theatre tadi.

Filem Jepun berjudul Departures atau di dalam bahasa Jepunnya おくりびと (okuribito) yang membolot pelbagai anugerah di Nippon Akademi (anugerah Akademi Jepun) dua hari yang lalu juga dinobatkan sebagai Filem Asing Terbaik edisi kali ini

Kejayaan Kate Winslet dan Sean Penn juga tidak diragukan lagi kerana kedua-duanya memang luar biasa. Kepelbagaian ekspresi muka perasaan dan mainan perasaan yang realistik benar-benar dibawa dengan baik oleh Kate sebagai wanita Jerman, Hanna Schmitz yang mempunyai kekasih seorang remaja. Sean Penn juga telah dikenali akan kemampuan lakonannya sebelum ini yang juga tercalon untuk anugerah sama untuk filem I Am Sam, seorang terencat akal. Kali ini dia mengalas watak pejuang homoseksual di California, Harvey Milk.

Berikut adalah senarai pemenang Oscar 2009.

Pelakon Lelaki Terbaik
Sean Penn
MILK 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Heath Ledger
THE DARK KNIGHT 

Pelakon Wanita Terbaik
Kate Winslet
THE READER 
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Penelope Cruz
VICKY CRISTINA BARCELONA

Filem Animasi Terbaik
WALL-E
 
Penata Seni Terbaik
THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON
 
Sinematografi Terbaik
SLUMDOG MILLIONAIRE

Rekabentuk Kostum Terbaik
THE DUCHESS

Pengarah Terbaik
SLUMDOG MILLIONAIRE

Dokumentari Terbaik
MAN ON WIRE

Dokumentari Pendek Terbaik
SMILE PINKI

Suntingan Filem Terbaik
SLUMDOG MILLIONAIRE

Filem Asing Terbaik
DEPARTURES (JEPUN)

Solekan Terbaik
THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON

Muzik (Skor)
SLUMDOG MILLIONAIRE

Muzik (Lagu)
“Jai Ho”
SLUMDOG MILLIONAIRE

Filem Terbaik
SLUMDOG MILLIONAIRE

Filem Pendek Terbaik (Animasi)
LA MAISON EN PETITS CUBES
 
Filem Pendek Terbaik (Secara Langsung)
SPIELZEUGLAND (TOYLAND)

Suntingan Bunyi Terbaik
THE DARK NIGHT

Adunan Bunyi Terbaik
SLUMDOG MILLIONAIRE

Kesan Visual Terbaik
THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON

Lakon Layar Adaptasi Terbaik
SLUMDOG MILLIONAIRE

Lakon Layar Asal Terbaik
MILK

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s