>Ulangtahun ke 5

>

DSCF0019.jpg, originally uploaded by hairieusoff.

 

11.30 pagi pada 21 Februari  bersamaan 30 Zulhijjah maka termaterilah sebuah ikatan. Ikatan antara dua insan berjanji untuk merukunkan keserasian hidup berdua.  Paling utama berjanji kepadaNya, Yang Maha Esa untuk membawa syariatNya ke dalam sebuah masyarakat kecil bakal aku terajui.

Hari ini, adalah hari memperingati perjanjian itu. Berjanji untuk hidup bersama. Hari perkahwinan ku dan juga hari perjanjian dengan tuhan agar aku, isteri dan anak-anak ku terus melewati hidup sebagai hambaNya.

Aku masih ingat lagi waktunya, 11.30 pagi kerana pada hantaran isteri ku, ada tuala yang dibentukkan seperti jam. Jarumnya menunjukkan 11.30 dan dengan indahnya Tuhan menyusun takdir, apabila lafaz nikah ku selesai tepat jam 11.30 pagi juga.

Selamat ulangtahun ke-5 perkahwinan kita, wahai isteriku.

8 thoughts on “>Ulangtahun ke 5

  1. >tahniah untuk En. Kamarul dan K Zura, semoga berkekalan sehingga akhir hayat.En. Kamarul, Puan Yati pindah MAMPU ..:PSatu lagi, nnt saya nak balas tag tu tau ..

Tinggalkan Jawapan kepada umeboshi Batal balasan