>Lewat beberapa minggu ini, aku kerap menyelak youtube. Sambil itu, mataku juga tertala di televisyen. Rakan-rakan memutar lagu JPop, aku pula mengimbas runut lama dan juga suara malar segar di sini. Akiko Junko, wanita berusia 61 tahun ini masih berkudrat melagukan lagu ini. Melodi dan lagunya menyentuh kalbu ku.

Cubaan HE untuk menterjemah tetapi tidak begitu molek rasanya.

Mengapa sang burung berlagu?
Apakah dikau inginkan manisan?
Kegembiraanku tidak terbanding
Andai hadir lirik matamu

Ah, lahirnya kita untuk bersua
dan semuanya kerana mu
Ya, selagi ku bernafas, kuserahkan ragaku
moga ia berakhir dengan cinta

biar gemilang masa lalu
kini ku hadir keranamu
biar indah musim mendatang
demi kucup mesra mu

Ah, Tiada erti hidupku
melainkan dibaluti kasihmu
Ya, sehingga padamnya dian
Cinta kita tetap bersemi