>日本アカデミー(nippon akademi) merupakan majlis pengiktirafan industri perfileman Jepun ala Anugerah Akademi atau Oscar di Hollywood. Ia berlangsung hari ini dengan caranya sendiri. Tidak seperti yang biasa kita lihat. Ia cara Jepun.
Calon-calon sesebuah kategori dipanggil ke pentas terlebih dahulu untuk ditemubual dan setelah duduk di tempat masing-masing, barulah presenter dipanggil untuk mengumumkan pemenang.
Tahun ini menyaksikan calon terbanyak yang juga calon Oscar untuk Best Foreign Language Film of the year, “Departures” atau judul dalam Bahasa Jepunnya おくりびと (Okuribito) dinobatkan sebagai filem terbaik untuk edisi ke32 ini. Ia juga menyapu bersih beberapa anugerah utama seperti pelakon lelaki terbaik, pengarah terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon pembatu lelaki dan wanita terbaik.
Okuribito mengisahkan seorang lelaki yang kehilangan pekerjaannya sebagai pemain cello, pulang ke kampung halaman bersama isterinya dan di situ dia memulakan kehidupan barunya dengan bekerja sebagai juru solek dan juru andam mayat.
Selain itu 4 filem lain yang bertanding untuk filem terbaik juga menampilkan pelbagai citarasa dalam penceritaanya. Masing-masing berjudul, 母べえ(kabee), クライマー・ハイ (kuraima hai), ザ・マジックアワー(za mejiku awa) dan 容疑者Xの献身 (yougisha X no kenshin).
Filem Okuribito menampilkan budaya Jepun dan menarik perhatian Hollywood. Filem kita juga banyak menampilkan budaya tetapi perlu lebih gerakan dalam mempromosikannya.