>Murakami Menerima Anugerah di Israel tetapi memperjuangkan Palestine

>

Kenalkah siapa gerangan Haruki Murakami?

Beliau penulis novel terkenal Jepun yang menekankan kesusasteraan bangsa Jepun dan mempersembahkan kebudayaan Jepun melalui novel dan di dalam masa yang sama mengkritik senario dunia secara halus.

Beliau merupakan aktivitis keamanan dunia di Jepun. Oleh kerana penglibatannya dalam mempromosikan keamanan sejagat menerusi Novel, dia dianugerahkan Hadiah Keamanan Jerusalam di bandar itu. 

Dia agak ragu-ragu untuk menerima hadiah tersebut kerana kebanyakan pertubuhan pro Palestine di Jepun menuntut Murakami tidak menerima hadiah tersebut sebagai tanda penentangan terhadap polisi regim Zionis, Israel.

Murakami menerima juga Hadiah itu dan dalam ucaptamanya, Murakami dengan terang menyatakan sokongan terhadap penduduk yang tidak berdosa akibat kekejaman serangan regim Zionis.

Muramaki mengibaratkan kuasa ketenteraan sebagai dinding, manakala nyawa penduduk awam sebagai telur. Dia mengajukan soalan. Yang manakah lebih rapuh? dinding atau telur? kata Murakami lagi, dia akan berdiri teguh di belakang telur daripada dinding biarpun dinding itu betul atau telur itu salah. Katanya lagi, dinding sepatutnya memelihara kita, sebaliknya ia telah menjadi ruang untuk berbunuh sesama manusia tanpa belas.

Bangga melihat manusia sebegini. Berani menyuarakan isi hatinya dalam ruang kelilingnya yang tidak mungkin bersetuju dengan pandangannya.

3 thoughts on “>Murakami Menerima Anugerah di Israel tetapi memperjuangkan Palestine

  1. >dengan memberi anugerah kpd murakami, maka secara halus israel menutup mulut murakami secara berhemahhh~… kalau sy..sy xkan terima kerana bprinsip yg jelas bertentangan dengan apa yg ditulisnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s