>Peraturan tag ini ialah:

1.  Salin Badge untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

Nash: Rakan Lama, Rakan Siber dan Rakan di Jepun. Jika tidak silap, HE jumpa Nash semasa di Sekolah Alam Shah. Ada lawatan Persatuan Bahasa Jepun sekolah HE ke SAS masa itu. Lama lah juga, kemudiannya mengutus semula perkenalan melalui alam siber dan kini rakan semula di Jepun ini.

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

1. Maaf ya, saya sangat suka mendengar muzik dengan kuat. malangnya di Jepun ini suasana sunyi begitu diangkatan, maka hobi ini tidak saya lakukan. Jika di Malaysia, saya pulas volum home teater saya pada tahap jumbo jet. ;p

2. Saya sebenarnya terlewat satu semester belajar di UUM dahulu. Alasannya saya tidak cukup kredit keseluruhan. Perkiraan saya silap semasa semester terakhir. Keperluan kredit keseluruhan ialah 123 kredit tetapi saya hanya mengambil 122 kredit sahaja. Untuk itu saya perlu menduduki satu lagi semester untuk melengkapkan 1 kredit. Saya telah mengambil satu subjek sahaja untuk semester itu, iaitu Bahasa Jepun dengan 3jam kredit. Sungguh relax saya masa itu.

3.  Semasa saya di sekolah rendah, saya pernah berjanji dengan kawan baik saya untuk berjumpa dia selepas saya sekolah menengah. Kawan saya masuk ke Sekolah Alam Shah. Pernah saya ke Sekolah Alam Shah semasa saya di tingkatan 4, untuk berjumpa dia tetapi tidak berjumpa juga. Selepas saya tamat sekolah pun, saya tidak berkesempatan berjumpa. Sehingga saya di Jepun, saya baru tahu dia sudah meninggal dunia kerana lemas.

4. Saya suka berjalan-jalan seorang diri semasa saya bujang. Malah saya jarang berdating dahulu. Saya suka melihat manusia.

5.  Saya suka mencuba makanan baru.

6. Saya berdarah A (+)

7. Saya tidak suka tempat yang bersepah. Tapi bila ada anak, memang kadang kala meragut kesabaran saya. heheh. Saya sangat pentingkan kekemasan dari segi penampilan tetapi kadang kala, tersasar juga terutamanya rambut saya. ;p

8. Saya suka menonton filem terutama filem dengan “title” Best Film Nominees”.

9. Saya “hantu” tempoyak.

10.  Saya geli dengan ular dan saya lemah dengan darah!

 

4. Tag siapa pula:

Nini ( adik saya)

Siti Zaileha (teman saya di KPM)

Ixora (teman siber saya)