>Lawatan ke Hokkaido – Hari Ketiga

>

Choc Factory Shiroi Koibito, originally uploaded by hairieusoff.
Penat menjengah Otaru semalam masih terasa. Adia dan Arisa masih belum terjaga akibat kepenatan. HE dan isteri bangun di subuh hari dan kelihatannya salji turun dengan lebatnya. Hari ini kami check-out. Adia dan Arisa nampaknya sukaar dibangunkan dan akhirnya mereka tidak disirami air pagi itu.

Kira-kira jam 7 pagi, kami sudah keluar dari tempat penginapan dan bersekali check-out. Bertembung dengan manusia ke tempat kerja dan beg kami yang memenuhi tangan. Sampai di Sapporo, kami simpan beg di tempat penyimpanan beg. Kemudian kami menaiki laluan Toho ke stesyen terakhir di Miyasawa untuk ke Kilang Cokolat Shiroi Koibito iaitu buah tangah yang mesti dibawa pulang. 

Adia puas main salji di Historical Village, originally uploaded by hairieusoff.

Kilang cokolat Shiroi Koibito bukan semasa-mata kilang. Ia juga muzium perkakasan meja seperti set teh dan dekor. Selain itu ia juga muzium permainan. Di sebelah luarnya pula ada “taman tema”. Selain daripada itu, setiap kali menara jamnya mendetikkan waktu, akan ada persembahan boneka ala Its a small world di Disneyland.

Di kilang ini, sudah tentu kami melihat cara pembuatan biskut dan cokelat. Kami juga membeli coklat dari kilang ini. Sempat juga isteri bertanya shortening yang digunakan di kilang ini dan ia berasaskan tumbuhan. 

Selain daripada itu, di tingkat atas muziumnya ada cafe yang menghidangkan menu khususnya berkaitan cokelat. Kami asalnya tidak mahu makan, tetapi alang-alang datang, ingin juga merasakan persembahan makanan mereka khususnya cokelat.

Selepas dua jam di situ, kami bergegas pula ke kawasan suburban Sapporo. Dengan menaiki keretapi, kami berhenti di stesyen Shinrinkoen melalui JR Hakodate dan ke Historical Village menggunakan teksi kerana jaraknya dengan stesyen agak jauh.

Caramel, originally uploaded by hairieusoff.

Tidak ramai orang datang ketika itu. HE kira tempat itu sangat sesuai semasa Musim Panas tetapi paling seronok Adia dapat bermain salji dengan privasinya. Saljinya banyak setinggi peha HE. Sambil itu, kami melihat bentuk-bentuk rumah seluruh Hokkaido di sana. Kami tidak mengambil masa yang agak lama kerana, kami lebih selesa untuk menghabiskan masa menunggu pesawat di Lapangan Terbang. Untuk balik semula ke Sapporo, kami menggunakan bas dari Historical Village dan terus ke steysn Sapporo dan ia mengambil mas akira-kira 40 minit.

Sesampainya kami di Sapporo, kami merasai makanan Hokkaido seperti Ikameshi (sotong sumbat dengan nasi yang akan-akan pulut rasanya) dan donburi (nasi di dalam mangkuk dan di atasnya diletakkan pelbagai lauk, kami makan segala jenis makanan laut – ia bagai nasi campur)nya yang segar. Sejurus itu, kami terus ke Lapangan terbang Chitose Baru untuk ke waktu penerbangan 8.40 mlm.

Ikameshi, originally uploaded by hairieusoff.

Di lapangan Terbang, isteri teringin merasai karamel yang terkenal di Hokkaido. Oleh kerana ramai orang hendak membelinya, terpaksa HE beratur dan mengambil nombor giliran. Dapatlah juga merasainya. Tidak beli banyak kerana mahal juga rasanya.

Selesai. Kami naik ke kapal terbang ANA dan sampai di Haneda kira-kira jam 10.20 malam. Terus menaiki keretapi ke Yokohama dan seterusnya samapai ke Shonandai menggunakan laluan Sotestu sebelum tiba di rumah hampir jam 12 malam menggunakan teksi. Letih. Sungguh Letih. Esok isteri ada temu janji dengan doktor gigi pula.!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s