>Lawatan Ke Hokkaido – Hari Kedua

>

Museum Orgel, originally uploaded by hairieusoff.
Rasanya penat hari pertama pun tak abis lagi, tapi kena bergerak juga. Destinasi hari kedua ialah ke Otaru iaitu sebuah pekan pelabuhan sebelah barat Sapporo. Menaiki keretapi dari Sapporo ke Otaru menggunakan laluan Hakodate, dengan harga 620 yen seorang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pemandangan indah luar sungguh mengasyikan menyaksikan laut dan rona putih mengelilingi persekitaran. Kami turun di stesyen Minami Otaru dan dari situ berjalan dalam 5 minit ke pekan kecil yang bertemakan Kotak Muzik (musicbox) atau di Jepun ini dikenali sebgai Orgel. Ada muzium, ada kedai cenderamata dan sebagainya. Adia sudah teruja untuk mendapatkan sebuah kotak muzik dengan karaktor Hello Kitty dan nampaknya Papanya tidak mampu menolak permintaan itu kerana pada hari ini Adia bakal berjalan jauh.

Kami berjalan tersu sepanjang jalan yang rata-rata kedai makanan laut. Ada yang menjual Tarabagani (king Crab), ada menjual Hotate (scallop) dengan membakar di hadapan kedai dan kita boleh terus memakannya. Oleh kerana anak HE sudah meragam hendak menyusu, kami singgah di sebuah kedai untuk merasai makanan di Otaru khasnya kesegaran makanan lautnya. Kami singgah disebuah kedai yang katanya ramai dikunjungi orang bernama Otaru Poseidon. Mungkin harganya agak berpatutan. Ada juga kedai lain yang tetapi mungkin harganya agak sedikit mhal dah pernah dikunjungi selebriti. Di kedai itu HE makan Tarabagani bakar dan isteri memakan sup Tarabagani. Sambil itu juga merasai kesegaran Salmon, isi ketam, Maguro dan ikura (telur ikan).

Ketam, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai kami makan termasuk Arisa, kami menyambung perjalanan ke pekan Otaru khususnya ke Terusan Otaru (Otaru Canal) yang akan melangsungkan festival Cahaya Salji. Ramai sudah orang di sana semata-mata merakamkan foto. HE sebenarnya sudah letih berjalan terutamanya apabila mengawal pergerakan untuk mengelak tergelincir. Pergerakan agak terbatas. Suasananya cantik dan romantis tetapi sangat dingin.

Otaru Canal, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai menyusuri terusan itu, HE sekeluarga pulang ke Sapporo semula dan melepaskan lelah Hostel tempat kami menginap. Esok kami akan menjelajah Sapporo lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s