>Lawatan Ke Hokkaido – Hari Pertama

>

Hostel, originally uploaded by hairieusoff.

Memulakan perjalanan dari rumah jam 8 pagi ke stesyen keretapi Fujisawa untuk menaiki keretapi laluan Tokaido ke Yokohama. Dari situ kami terus menaiki keretapi laluan Keikyu terus ke Lapangan Terbang Tokyo atau lebih dikenali sebagai Haneda. Sampai agak awal kira jam 10.30 pagi berbanding tiket kapal terbang kami iaitu jam 1.00 tengahari. Di sana, sempat Adia memusing-musing dan melihat kapal terbang yang dituntutnya selepas menghantar Tok dan Tok Wannya semasa Natsu (Musim Panas) lepas.

Di dalam pesawat ANA itu, kami hanya diberikan minuman biarpun perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Ada air kopi, teh, jus epal dan jus limau. Kami memilih jus epal. Menariknya bekal kopi dan teh bagai bekas jamuan kita di surau-surau. Plastik dan berpenutup pelbagai warna. Pun begitu layanan mereka masih mesra dengan Nihongo (bahasa Jepun) mereka. Sesekali pengumuman diselangkan dengan bahasa Inggeris yang memperlihatkan ketebalan lidah mereka.

Makcik kapalterbang, originally uploaded by hairieusoff.

Tepat jam 1.00 pesawat mendarat ke Lapangan Terbang Chitose Baru. Sekeliling penuh dengan salji. Kami diingatkan tentang kesejukan Sapporo dan menyarankan agar memakai baju tebal. Dari sana kami terus ke Sapporo dengan menaiki laluan berrel Airport Rapid yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di Sapporo kedinginannya mencengkam tulang. Mujur kami hanya melewati dalam bangunan stesyen keretapi sahaja. Jadi, tidak terlalu sejuk. Dari Sapporo terus ke stesyen Gakuen Mae melalui laluan Toho iaitu ke Hostel yang telah HE tempah sejak November lalu. Salji memutih di seklilingnya. Adia sudah tidak sabar bermain dengannya.  Bilik bertatami 8 itu kami isikan dengan barang dan terus ke Festival Salji Sapporo atau lebih dikenali sebagai Yuki Matsuri. Tahun ini merupakan ulang tahun ke 60 festival ini.

Dongdaemon Gate ais, originally uploaded by hairieusoff.

Yuki Matsuri merupakan festival unik di Sapporo dan satu-satunya di Jepun. Ia berlangsung sekitar awal Februari sehingga pertengahan Februari. Di Festival ini, pelbagai struktur dan objek berskala besar dibentuk daripada salji. Menurut sejarahnya, festival ini bermula dengan pembinaan patung salji daripada pelajar sekolah menengah dan kemudiannya sama-sama dilakukan oleh tentera Jepun dan akhirya struktur menjadi satu tarikan sehingga kini. Festival ini dilangsungkan di jajaran taman Odori (Odori Park) bermula dari TV Tower Sapporo di Nishi 1 chōme sehingga ke Sapporo City Archive Museum di Nishi 13 chōme.

Disney Ais, originally uploaded by hairieusoff.

Kepenatan memang terasa. HE dan isteri terasa menganiaya Adia dan Arisa. Manakan tidak, kami berjalan hampir 1.5 km sepanjang Odori Park untuk melintasi semua chōme. Bukan itu sahaja, kami berjalan sejauh itu di dalam kesejukan mencecah -1 darjah celcius dan jalan yang licin. Pada pertengahan jalan kami terpaksa membeli getah menghalang dari tergelincir yang pasang pada kasut. Kedengaran juga pengunjung rata-rata mengira-gira berapa lagi chōme yang harus dilalui. Ia memang jauh dan memenatkan, tetapi berbaloi juga menyaksikan keindahan struktur dan kreativiti manusia. 

Di Nishi 11 chōme pula ada struktur salji yang dibina untuk pertandingan dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Sayangnya, Malaysia tidak memenangi sebarang tempat. Juara disandang Negeri Thai dengan tajuk, Garuda and Naga.

Malaysia punya, originally uploaded by hairieusoff.

Kami pulang kira-kira jam 10 malam. Keletihan perjalanan seharian di dalam pesawat belum hilang telah ditambah dengan perjalanan merentasi setiap chōme di Odori Park. Selepas kami semua mandi, badan betul-betul terasa letih dan mempercepatkan tidur kami pada malam itu.

2 thoughts on “>Lawatan Ke Hokkaido – Hari Pertama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s