>Model Barang Kemas

>

Adia Melaram, originally uploaded by hairieusoff.

Adia, sejak kecilnya memang suka melaram. Mungkin warisan bapanya.

Dua hari lepas HE ke kedai, Adia turut sama.

Papa…nak itu ..nak ini….(ini warisan mamanya :p )

Kemudian Adia senyap di suatu tempat. Dia membelek-belek benda itu. Wah! Adia nak apa tu? tanya HE.

Adia nak cantik. Jawabnya tanpa ada keraguan sekelumit pun sambil menunjukkan seutas rantai dan sebentuk cincin (bahaya sebut perkataan ini di Jepun :)).

HE beli seutas rantai dan sebentuk cincin yang kedua-duanya bertatahkan “berlian dan mutiara”. Adia sungguh gembira dan dia memperagakanya setiap hari bagai model barang kemas.

Hari ini, HE bawa Adia keluar lagi. Mamanya hendak membeli baju adiknya. Bagi tebal sedikit katanya (Nishi Matsuya sebuah tempat membeli baju kanak-kanak). Di situ Adia membelek-belek mainan pula. Ada buku juga, dia duduk bersimpuh sambil membaca buku. HE biarkan sahaja. Setelah mahu balik, Adia bertanya kepada HE.

Papa Yubiwa (cincin) mana?

Mana, Papa tahu!. Kata HE. Adia teruja membaca buku dan dia terlupa yang dia menanggalkan cincinnya. Kehilangan itu menjadikan model barang kemas yang bernama Adia itu senyap hampir sepanjang hari. Mungkin dia kecewa dengan dirinya yang leka.

4 thoughts on “>Model Barang Kemas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s