>Ciptalah Kosa Kata Baru untu Bidang Teknologi Jika Takut Ancaman PPSMI

>

Apa? Pejuang-pejuang bahasa membuat rapat umum dan berdemostrasi kerana PPSMI? tanya HE tatkala membaca surat khabar.

Kisah PPSMI ini sangat berkait rapat dengan HE. Semasa HE di Kementerian Pelajaran dahulu, ketika buat pertama kali ia dikembangkan di sekolah-sekolah, Jabatan HE yang berkait rapat tugasnya dengan komputer, diarahkan untuk menyediakan kelengkapan pengkomputeran disetiap sekolah. Setelah dilengkapkan, ia juga perlu dipantau. Kerja-kerja pemantauan itu, dilakukan oleh setiap pegawai bagi memastikan bekalan dan peralatan pengkomputeran adalah seperti tercatat dalam spesifikasi.

Maka HE dan keseluruhan pegawai ditugaskan ke seluruh ceruk negeri mengikut zon agar memastikan peralatan sampai ke tempatnya. HE memilih zon Sarawak. Teringat ketika itu meredah sungai dan kawasan pedalaman untuk melihat sama ada sekolah sudah dapat peralatan yang bakal digunakan. Ketika itu teman-teman HE, Zuki, Lily Matut, Azura (kini sudah menjadi isteri) menjelajah bahagian utara Sarawak untuk memastikan pelajar sekolah dan guru-guru bakal menggunakan peralatan untuk sesi berikutnya.

Itu cerita tentang kerja HE untuk menjayakan PPSMI. Ini selalu diingatkan bahawa pendekatan mengajar Sains dan Matematik ini perlu dimulakan, jika tidak, ia memang tidak akan bermula. Ini sebuah projek melangkaui pemikiran. Ia bukan sahaja menggalakkan perkembangan bahasa Inggeris tetapi yang lebih utama membolehkan pelajar kita menguasai bahasa perantaraan duna itu untuk aktiviti berkaitan sains dan teknologi yang kebanyakannya didahului dengan Bahasa Inggeris.

HE bukanlah manusia menidakkan Bahasa Melayu. Malah HE sangat menyanjunginya sebagai sebuah citra, sebagai bangsa dan juga diri. Walau begitu menyanjungi bahasa sendiri, HE tidak mampu menuturkannya di negeri Matahari Terbit ini. Selain Bahasa Jepun yang di pelajari, HE juga perlu berkominikasi dalam Bahasa Inggeris. Program pengajian HE dilakukan dalam Bahasa Inggeris di Universiti Keio walaupun ada juga pengantar Bahasa Jepun. Mereka juga mula menggunakan Bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran berkaitan teknologi.

Menariknya di Universiti Keio ini ada pengajian Bahasa Melayu-Indonesia. HE rapt dengan pensyarah Bahasa Melayu- Indonesia itu. Program ini namanya Program Bahasa Melayu-Indonesia tetapi pada HE ia lebih menjurus bahasa Indonesia. Jika pejuang bahasa Melayu yang berada di Malaysia mahu melaungkan perjuangan, ayuh ke mari untuk sama-sama menegakkan Bahasa Melayu di Universiti Keio. HE kagum peranan bangsa Indonesia memartabatkan bahasa Indonesia keluar dari nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak harus bermain di dalam daerah kita sahaja kerana ia bukan lagi perjuangan memartabatkan Bahasa melayu kita seperti era pasca Kemerdekaaan. Zaman ini, DBP perlu mengubah persepsi perjuangan memertabatkan Bahasa Melayu keluar dari Malaysia.

HE sebagai seorang yang juga memperjuangkan Bahasa Jiwa Bangsa ini, agak jengkel menuturkan Bahasa Melayu dengan telor Indonesia. HE lebih senang melantunkan telor Melayu yang kebiasaan diucap sebagai dialek Riau Lingga kerana itu adalah Bahasa Melayu kita.

Apabila membaca berita perjuang-pejuang bahasa kita melakukan rapat umum dan berdemostrasi kerana mahu menidakkan PPSMI, HE kira ia agak emosional. Jika mahu memperjuangkan bahasa dalam era Teknologi ini, apakah yang DBP atau GAPENA lakukan? HE bukan hendak menidakkan usaha yang telah dilakukan setakat ini tetapi adakah ia ternampak berkesan, realistik dan ampuh?

Kita biasa membaca novel terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu tetapi berapa lama terjemahan tersebut dilakukan? Untuk isu-isu panas dunia atau buku-buku yang terkenal penulisnya atau buku-buku tentang teknologi baru, adakah usaha menterjemahkannya dalam masa terdekat? Di Jepun, proses terjemahannya sangat cepat, jadi jika kita mahu memperjuangkan Bahasa Melayu kita seperti kita kata Jepun memperjuangkan Bahasa mereka, adakah kita mampu menterjemahkan setiap buku baru dengan cepat? Adakah buku tentang Obama yang diterjemahkan? HE tidak tahu sebab HE di Jepun. Jika sudah ada terjemahannya, Alhamdulillah.

Bercakap tentang teknologi juga, kita ambil contoh Wikipedia iaitu tempat longgokan maklumat di internet, adakah DBP berusaha untuk ke depan dengan menterjemahkannya maklumatnya ke dalam Bahasa Melayu. Kita lihat begitu banyak maklumat di internet yang menyediakan ruang untuk diterjemahkan tetapi ia hanya dilakukan dengan inisiatif individu seperti HE untuk menterjemahkannya. Suatu ketika dahulu, HE cuba untuk menterjemahkan WordPress ke dalam Bahasa Melayu, namun, kerana kecetekan ilmu (HE bukan pakar) di dalam Bahasa Melayu, HE mampu lakukan apa yang terdaya sahaja. Oleh kerana individu-individu tertentu sahaja menterjemahkannya, maka ada perkataan yang diterjemah seperti dipermain-mainkan atau dipersenda-sendakan. Adakah orang-orang DBP mengambil berat akan hal ini. Walaupun DBP akan berkata, memeperjuangkan bahasa bukan di tangan DBP sahaja tetapi, DBP perlu melakukannya secara menyeluruh.

HE pernah menggunakan sistem pengoperasian Windows dan juga perisian Microsoft Office di dalam Bahasa Melayu tetapi perisian itu wujud atas kehendak Microsoft yang mahu meneroka pasaran ke negara kita dan dengan itu mereka meminta DBP menterjemahkannya. Adakah ia inisiatif awal DBP untuk menterjemahkannya?

HE sebenarnya lebih suka andai DBP menjadi pencipta kosa kata berbanding melakukan pinjaman kata dari bahasa Inggeris. Adakah itu perjuangan Bahasa? Suatu ketika dahulu kita bijak dalam menggabungkan kata (akronim) seperti PAWAGAM, KUGIRAN, BERDIKARI dan sebagainya. Apa kata tradisi ini diteruskan dalam mencipta kosa kata baru untuk bidang teknologi melalui kaedah itu. Dahulu HE kerap menyatakan bahawa DBP bukan satu-satunya tempat menanggung beban dalam memperjuangkan bahasa, ya, memang benar tetapi dalam kecelaruan suasana bangsa Malaysia yang berpuak-puak kala ini akibat bobrokan politikus, Elok benar rasanya DBP berdiri gagah mengorak langkah sebagai satu badan yang dapat membuktikan tugasnya sebagai pejuang Bahasa Melayu dalam bidang teknologi dengan sendirinya. Pada ketika itu, PPSMI tidak perlu dirasakan sebagai ancaman terhadap kemusnahan Bahasa Jiwa Bangsa kita.

4 thoughts on “>Ciptalah Kosa Kata Baru untu Bidang Teknologi Jika Takut Ancaman PPSMI

  1. >Masalahnya kosa kata telah banyak tercipta tetapi masyarakat penggunanya masih tidak mahu menyohorkannya. Macam-macam kerenah dan alasan dalih. Kononnya malu nak guna kosa kata yang ada – lucu, tak kena dan pelbagai alasan. Tidak seperti orang Indonesia, yang terus berbangga dengan bahasanya. Orang kita masih teragak-agak dan keliru akan bahasanya sendiri. Produk tak mahu disebut produk tetapi masih disebut prodak. Kerana masih jahil akan makna budaya dan bahasa. Tegas dan mesra dengan bahasa sendiri amat perlu dibudayakan.

  2. >Saya masih tertanya-tanya kepada pejuang2 bahasa tersebut. [1] Bagaimana pengetahuan sains dan teknologi orang2 Melayu boleh dimajukan hanya dengan menggunakan bahasa Melayu sbg bahasa penyampai ilmunya. Apa strategi mereka membangkitkan pengetahuan orang2 Melayu dlm sains dan matematik yg kini perkembangan ilmunya semakin pesat? Jangan hanya menentang, tapi berilah cadangan. [2] Bagaimana kamus dewan akan dibersihkan dari kata pinjam yang bunyinya sama dengan bahasa Inggeris, ejaannya saja yg berbeza. Contoh paling nyata adalah perkataan Sains (science) dan Matematik (mathematics) itu sendiri. Bagi saya, penggunaan perkataan2 yang kononnya perkataan Melayu spt ortopedik, hospital, imunisasi, objektif, antibiotik dsbnya lebih menodai bahasa Melayu berbanding PPMSI. [3] Saya faham perkataan tersebut adalah kata pinjam. Sampai bila mahu pinjam? Tak malukah pinjam bahasa orang, lepas tu perjuangkan sebagai bahasa kita? Bila pejuang2 bahasa ini akan reka sendiri perkataan saintifik kita? Adakah pejuang2 bahasa tersebut sanggup melihat peratusan kata pinjam yg semakin meningkat di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka gara2 PPMSI tidak dilaksanakan? Akhirnya nanti, kamus DBP hanyalah kamus bahasa Inggeris yg di Melayukan sahaja. Itu lebih teruk.

  3. >[…] HE sudah bercakap tentang ini banyak kali. HE sudah bercerita tentang pengalaman HE semasa awal dasar  PPSMI diperkenalan di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), HE juga sudah bercerita tentang pengalaman Bahasa Inggeris di Jepun, HE juga cuba mencadangkan jika mahu memartabatkan Bahasa Melayu, kita atau cerdik pandai dan pejuang bahasa Melayu kita, untuk mencipta kosa kata baru dalam bidang Sains dan Matematik agar ia ternampak sebagai Bahasa Melayu dan… […]

  4. >Saudara HE,Sy adlh guru Sains dan BM yg amat bersetuju dgn saudara. Ketika sy berada di maktab perguruan, buku rujukan sy utk assg Sains 100% dlm BI. Kini sy menyambung pelajaran secara pjj ( ijazah ), g perkara yg sama berlaku.Sy adlah antara yg menyokong PPSMI krn memikirkan keperluan objektif PPSMI utk anak Melayu di masa akan dtg….Mmperjuangkan Bahasa Melayu bknlah bererti menidakkan keperluan Bahasa Inggeris… tetapimemperkasakan Bahasa Melayu itu sendiri.Smlm, 8.7.2009, kata putus tlh diambil oleh jemaah menteri, PPSMI dihapuskan menjelang 2012… sdgkan hasilnya baru hendak berbunga..manis buahnya blm dirasai stlh penat lelah menanam dan menjaga… Sy amat kecewa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s