>Bahasaku tetap Bahasa Melayu

>

Princess Magic 3D Book, originally uploaded by hairieusoff.

Ketika membeli belah di Costco tempoh hari, HE menghampiri sebuah seksyen menjual pelbagai buku pendidikan khasnya untuk kanak-kanak. Kebanyakan bukunya terdiri daripada buku Bahasa Inggeris.

Di sebelah HE ada seorang ibu dan anak sedang membelek-belek buku. Si anak meminta ibunya membelikan buku.

Ah, Eigo, yomenaiyo (alaaa, Bahasa Inggeris la, tak boleh baca la); balas si ibu dengan muka yang sedih tetapi berharap sangat dapat membelikan buku itu kepada anaknya.

Tiba-tiba dua orang wanita muda yang bersahabat menghampiri kawasan itu. Seorang daripadanya berteriak;

Ah, kawaii (weh cantiknya); sambil menunjukkan sebuah buku.

Tiba-tiba kawannya membalas;

Eigoda (Bahasa Inggeris la)..dan berlalu dari situ.

Dua kejadian itu memberikan suatu sentuhan dalam sanubari ini, betapa bertuahnya masyarakat kita yang telah didedahkan dengan Bahasa Inggeris agar membolehkan kita sekurang-kurangnya membacakan buku Bahasa Inggeris untuk anak kecil kita. Apa juga ilmu yang kita dapat, kita boleh perolehi dari pelbagai bahasa, cuma yang menjadikan kita sesebuah bangsa ialah bahasa kita. Bahasaku tetap Bahasa Melayu.

4 thoughts on “>Bahasaku tetap Bahasa Melayu

  1. >Salam. Blog yang berjiwa!!!Kerja saya, memang membetulkan Bahasa Melayu anak-anak remaja, yang semakin dirobek kehadiran bahasa 'baru' yang menyakitkan…..itewww, bleh, x mo, klu,…..nyerrr, dierrr, ganazzzzz……yang nampaknya sudah terbawa-bawa dalam peperiksaan. Saya juga adakalanya menggunakan Bahasa Inggeris, jika saya diperlukan menggunakan bahasa itu. Namun begitu, tidak sesekali saya tergamak merojakkankan kedua-dua bahasa sekali dalam pertuturan saya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s