>Syarikat Penerbangan Jepun mengurangkan laluan

>

ANA B763 (JA8368) & JAL B772 (JA008D) @ UKB/RJBE by Hyougushi

Sekian lama, HE tidak berpeluang menjengah helai-helai akhbar. Semuanya atas alasan ruang waktu itu tidak mencukupi. Tambahan pula,  setelah selesai tugasan berkaitan pengajian (tidak ketinggalan juga facebook), sisa waktu itu  diperuntukan untuk keluarga.

Hari ini, cebisan waktu yang diperolehi itu, HE usaikan dengan membaca akhbar. Ada berita menarik di Jepun tentang industri penerbangan mereka. Bagi tahun ini, Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA) mengunjurkan penurunan dalam kekerapan penerbangan mereka. Malah ada sebahagain laluan yang dihentikan. Semuanya kerana tahun mendatang dilihat mempunyai trend penurunan yang besar terhadap permintaan penerbangan dunia.

JAL misalnya akan menghentikan penerbangan ke London dari Lapangan Terbang Kansai. Manakala ANA pula akan menghentikan penerbangan dari Lapangan Terbang di Aichi ke bandar utama di China.

Keadaan permintaan trafik udara seperti ini juga pasti memberi kesan kepada penerbangan premium Malaysia, Malaysia Airlines (MAS). Pun begitu AirAsia nampaknya agak optimistik dengan statusnya sebagai penerbangan tambang murah yang dijangka membawa lebih banyak penumpang berbanding penerbangan premium dengan unjuran 24 juta penumpang pada tahun 2009 ini. Kita tunggu dan lihat sasaran itu tercapai atau tidak kelak. Tambahan pula AirAsia sedang memberi tumpuan kepada usaha membina industri Lapangan Terbang Tambang Murah mereka, adakah penumpuan kapasiti penumpang ini akan tercapai? Tunggu…

2 thoughts on “>Syarikat Penerbangan Jepun mengurangkan laluan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s