>Dulu orang kata membuat KLIA adalah sangat membazir. Akhirnya kita tahu bahawa KLIA itu sangat berguna kerana perancangannya bukan untuk setahun dua. Jadi kita melihat ia sesuatu keperluan untuk jangka panjang, maka kita menerimanya. 

Kemudian kita mahu membina jambatan bengkok kerana keperluan bagi mengatasi kesesakan tetapi anehnya “kita” kata ia sangat membazir dan kita baztalkannya dengan bayaran gantirugi 260 juta yang secara relatifnya “tidak membazir”. Kerajaan kini memang tidak suka membazir!

Kemudian kerajaan ini bersetuju untuk membina Lapangan Terbang tambang Murah khas untuk Air Asia di Labu. Kenapa di Labu? Tidak pula kita pasti tetapi seperti ada cubaan menampakkan seseorang membuat jasa di kawasan itu. Anehnya Labu dan Sepang tidak begitu jauh untuk dua hab. Sebagai rakyat biasa seperti HE ini pun nampak mengapa KLIA-Labu itu tidak perlu wujud. Jika mahu membuat baru sekalipun, kenapa tidak diperbesarkan LCCT itu ataupun besarkan Lapangan Terbang Subang.

Di Jepun, cadangan menyediakan Low Cost Carrier di Ibaraki Airport yang dulunya Lapangan Terbang Tentera dinaik taraf menjadi Lapangan Terbang Penumpang seperti LCCT. Kenapa Malaysia beria-ia mahu membuat lapangan terbang Baru khas untuk Penerbangan Tambang Murah. Di Jepun, berita tentang Air Asia X ke lapangan terbang Ibaraki agak meluas kerana disiarkan di TV. Kita tidak pasti cadangan Air Asia X kepada Ibaraki Airport diterima tau tidak, dan ia bergantung kepada keadaan.

Berbalik tentang kehadiran penerangan-penerangan Air Asia menerusi Tony dan bisunya pihak kerajaan menyebabkan kita tertanya-tanya, apa motif disebalik cadangan KLIA-Labu. ? Tambahan pula dalam suasana ekonomi dunia dan negara agak tidak menentu. Apa maksudnya? Memang kerajaan kita terlebih simpanan wang kah? Adakah ini masanya kerajaan sedang membuat Chrismas shopping?

Sekiranya Kerajaan boleh membatalkan Projek Jambatan Benkok, HE kira projek KLIA-Labu ini juga patut dibuat dengan alasan yang sama. Batalkan projek KLIA-Labu kerana RAKYAT TIDAK SUKA.