>Berjuang untuk hidup di bumi Palestin

>

, originally uploaded by seb-nem.

Menariknya bila berada di dalam masyarakat yang mementingkan bukti seperti Jepun, kita memperolehi pandangan dari mereka secara mulus.

Berita Jepun melaporkan tentang bedilan Regim Zionis terhadap Gaza melalui perspektif mereka. Indahnya, melihatkan kesungguhan mereka mencari berita. Mereka sanggup merempuh masuk ke Gaza sedangkan pihak berkuasa Regim Zionis tidak membenarkan pemberita memasuki Gaza. Jika mereka ini berugama Islam, kita mungkin berkata mereka berjihad untuk kebenaran. Ironinya, adakah pemberita kita atau pemberita dunia Islam berbuat begini?

Di Roppongi, kawasan elit di Jepun, perarakan meminta Regim Zionis mengentikan pengeboman terhadap Palestin diadakan. Seorang rakyat Palestin di Jepun berkata, sehingga saat ini, harapannya dan mohonnya kepada Regim Zionis hanya menghentikan pembunuhan manusia sahaja. Mereka tidak meminta makanan, wang dan pembangunan, sekadar menghentikan pengeboman.

Hasil berita mereka ini, sesungguhnya membuka mata orang Jepun tentang kekejaman Regim Zionis tetapi ia juga akan melaporkan berita alternatif kepada dunia, sebuah perspektif perjuangan menghidupkan erti kemanusiaan di bumi Palestin dari kaca mata bukan Islam.

3 thoughts on “>Berjuang untuk hidup di bumi Palestin

  1. >Banyak sangat yang ironi apabila isu Israel-Palestin dibincangkan.And I personally think that Malaysian mainstream media should have done more for Palestine.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s