>Berjuang dalam diri

>Rakan di Facebook; memuat naik video tentang kesan terhadap kejatuhan empayar Uthmaniyah dan ia membawa kepada perjuangan menentang keganasan Regim Zionis dan kezaliman dan penindasan dunia terhadap ruang hidup masyarakat Islam seleruh dunia. Memang HE sangat sayu melihat mangsa peperangan yang rata-ratanya kanak-kanak dan wanita tidak berdosa.

Sejurus itu, menyusul pula rantaian komen terhadap video itu. Kata salah satunya itulah sebabnya kita (merujuk orang Islam) berkawan dengan orang yang salah (merujuk Orang Amerika dan Yahudi).

Ada jawapan seseorang; tidak salah berkawan, tetapi jangan sampai menyembah!

Kemudian dalam beberapa ulasan di laman-laman lain HE melihat sikap kita (orang Islam), walaupun kita benci dengan keganasan atau apa juga perkara tidak baik, adalah menjadi suatu yang memalukan bila membaca mereka menulis dengan perkataan kesat dan cerca.

HE melihat perbuatan kita itu ibadah dan dalam masa yang sama kita berdakwah. Bermula dengan diri kita sendiri, tampil akan peribadi mulia agar orang melihat kita sama ada Islam atau bukan Islam sesuatu yang indah. Dari situ ia telah mencerminkan keindahan ugama kita. Kita sentiasa diingatkan tentang penghijarahan Rasulullah sebagai bermulanya tahun baru. Adakah kita selalu juga mengingatkan diri kita bagaimana Rasulullah menyatukan penduduk Madinah yang berbagai suku kaum termasuk Yahudi. Rasulullah berjaya menyatukan Yahudi Bani Quraizah, Bani Qanuqa’ dan Bani Nadhir di Madinah dengan satu perjanjian. Jadi sejarah membuktikan walau apa juga agama dan bangsa, kita boleh hidup aman. Pun begitu ia perlu peribadi yang baik ditampilkan dalam untuk mempengaruhi orang lain.

Walaupun peperangan dengan Yahudi dikatakan sebagai tanda akhir zaman, tetapi bentuk peperangan itu tidak pernah kita ketahui. Apakah peperangan dengan diri kita untuk membentuk peribadi mulia agar dapat memujuk Yahudi menyertai ugama kita?  Adakah itu peperangan  yang dimaksudkan? Peperangan bukan sahaja beradu senjata tetapi boleh ditakrif pelbagai mana. Sama seperti hijrah, bukan bererti berpindah tempat tetapi juga memindahkan peribadi kepada sesuatu yang baik. Apa pun ini hanya tafsiran sendiri. Mungkin HE tersilap. HE pohon taubat dari Allah swt. Tetapi siapa tahu?Allah sahaja yang tahu. Wallahualam.

 

ps: Ini pesan terhadap diri sendiri juga.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s