>Gila Fukubukuro

>Adia n Beg Hello Kitty

Hari kelima tahun baru, HE ke makmal. Sepi. Cuma sekolah Siswazah yang diisi manusia. Mood masih dalam keadaan cuti. Rasa malas betul-betul menyaluti satu badan. Sepatutnya tahun baru, semangat pun baru.

Balik rumah menonton TV. Menarik sungguh cerita tahun baru di Jepun. Hari kedua tahun baru kerap kali pasaraya ternama berperang fukubukuro antara satu sama lain. Di Ginza, tempat barang jenama terkenal menyaksikan beberapa gedung membeli belah terkenal di Jepun seperti Wako Department Store, Mitsukoshi Department Store dan Matsuzakaya Department Store dibarisi rakyat Jepun seawal jam 6 pagi untuk membeli fukubukuro. Gila! Tetapi siapa yang tidak gila, jika barang bernilai 100,000 yen boleh dibeli dengan harga 10,000 yen. Bayangkan sebuah seksyen barang berjenama terkenal menjual semua fukubukuronya dalam masa 1 minit 45 saat sahaja. Pun begitu lagaknya seperti semut menghurung gula. Gerun.

Di Malaysia, Isetan atau Jusco tak mahu buat sebegini?

FukubukuroFukubukuro (福袋 lucky bag, mystery bag?) is a Japanese New Year’s Day custom where merchants make grab bags ……..

3 thoughts on “>Gila Fukubukuro

  1. >hi… rasanya fukubukuro tak dijual kat sini malaysia… kalau la ada i akan berbaris mcm minah jepun hehehehehe yang dalam gambo tu fukubukuro kan? so what did she get?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s