>Papa nak taman. Adia. HE turutkan sahaja.

HE dan keluarga ke taman permainan berdekatan rumah. Mengeluarkan tenaga anak yang terperap dalam rumah. Membuang juga tenaga-tenaga negatif agar dineutralkan dengan cas-cas positif alam.

Di taman.

Adia meluru ke sebuah tempat permainan. Ada anak Jepun di situ. Adia memang peramah, tetapi tidak semua manusia peramah. Adia terpinggir. Dia seperti kelihatan bodoh sahaja dalam keadaan itu. Mengajak orang yang tidak mahu main dengannya.

Walaupun HE kasihan melihatnya, HE dan isteri biarkan sahaja. Perlahan-lahan HE pergi kepadanya dan memanggilnya.

Kannnn…, tak semua orang suka Adia. Isteri, sejurus Adia tiba.

Ini sebuah pelajaran buat Adia yang menyangkakan dunia ini indah sahaja. Dalam usia baru mencecah 4 tahun, Adia, sedikit demi sedikit berjumpa dengan perkara-perkara berlawanan nalurinya.

HE. Walaupun telah melepasi usia semuda Adia, sehingga kini, manusia seperti HE meneruskan pelajaran dalam kehidupan yang penuh dengan pertembungan antara dua perkara. Ya! hidup ini dijadikan berpasang-pasangan seperti terungkap dalam Surah Yaasin: 36. Antara baik dan buruk di dalam diri kita, dan bagaimana kita menilainya. Pastinya Akal dan pengalaman yang tersandar dengan keimanan kita, hidup ini diharapkan dapat diteruskan dengan kebaikan. HE, Adia, Isteri, Arisa, mengharapkan perjalanan hidup semusim yang baru ini terus indah. Selamat Tahun Baru 2009.