>Siapalah Aku

>Cukupke kau dapat duit bulan-bulan begitu. Makan gaji dengan kerajaan. Sahabat.

Siapa hendak kerja dengan kerajaan kalau semua nak jadi businessman? HE

Senyap kedua-duanya dalam Yahoo Messenger. Aku klik butang pangkah, mungkin dia juga begitu.

Beberapa hari ini, HE lihat setiap sahabat di Facebook. Ya, ruang bersosial di hujung jari. Ah! Memori sungguh. Melihatkan mereka, mengingatkan aku, Siapalah Aku? Merasa diri kerdil seketika.

Mereka menelusuri hidup dengan pelbagai gaya. Ada yang menjadi wartawan hiburan penuh glamor. Ada pula menjadi produser Album, Artis, Profesor Akademik, Doktor, Peniaga dan yang pasti kantung mereka lebih banyak daripada HE. Itu telahan hati.

Lantas ada suara berbisik; Syukuri RahmatNya. Apa yang diberikanNya kini adalah yang paling cocok buatmu.

Rezeki Allah itu di mana-mana. Kini aku berada di sini kerana RahmatNya dan Rezeki kurniaanNya. Usah disesali siapa dirimu.

ps: entri melayan diri dan fikiran yang kadang kala tersasar.

9 thoughts on “>Siapalah Aku

  1. >kalau atas ukuran wang ringgit – mungkin kita yang kerja kerajaan ni kurang.tapi biarlah dilihat juga dari keberkatan. kalau sedikit sudah mencukupi, alhamdulillah – itu mungkin tanda kita dalam rahmat dan rezeki diberkatiNyaramai yang dapat banyak tapi tak pernah cukup-cukup dengan apa yang ada…kalau ingin merasa kerdil, biarlah atas ukuran keimanan dan ketaqwaan – sebab itu juga yang jadi kayu ukuran Allah dalam membezakan hamba-hambaNya…wallahualam

  2. >semua yg ada terbaik utk kite..mungkin bile kite terlampau kaya, kita lupe untuk bersyukur..maka elokla kite bersederhana je..tp kita mmg dituntut untuk jd kaya=)

  3. >kepada semua, terima kasih dengan ingatan dan pesanan…entri ini sangat memberi makna kerana ia sekurang-kurangnya membuatkan HE terus bersyukur dan mengingatiNya dari pesanan kalian.

  4. >sedikit pun cukup, banyak pun cukup – terpulang kpd.kita ukur baju dibadan sendiri, banyak – besar lahkeraknya, yg penting kita bersyukur atas pemberiannyamak dan abah – gaji sikit aje, tapi berkat, dpt jugamemberi anak2 mak belajar dan berkerjaya kerana ituadalah tanggungjawab. Tuhan restu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s