>Hidup Dalam Masyarakat Serba Stres!

>Tempoyak

Uncle No Balik, Aunty No Balik. Teriak Adia kepada Kak Aini dan En Zakri. Kali kedua kedatangan Kak Aini dan julung kalinya En Zakri tiba ke teratak kami.

Kedatangan mereka untuk pusing-pusing Shonan katanya. Sambil itu menghantar tempoyak yang ada dalam bekalan mereka untuk HE sekeluarga. Bagai pucuk dicita tetapi ulam yang datang kata orang. HE impi sangat nak makan tempoyak dengan banyak. Sebelum ini, beli di kedai Asia berdekatan hanya beberapa ulas, kalau hendak buat tempoyak memang sedkit, tambahan pula Adia suka makan durian. Katanya Kuremm (cream). Terima kasih banyak-banyak Kak Aini dan Encik Zakri.

Kalau pertemuan sebegini sebenarnya bukan sahaja kita seronok tetapi anak-anak juga seronok. Biasalah kalau budak seronok kalau tak melompat dan tak bergegar rumah kita bukan seronok namanyakan. Tapi memang kita tahu batasan keseronokan itu. Di Jepun, masyarakatnya begitu pentingkan privasi jadi memang susah kalau kita bising dan mereka akan “sound” kita bising. Andai mereka tidak berjumpa kita, kadang-kala mereka lapor pada Polis untuk menyatakan kita ini bising.

Pada pandangan HE, mereka sebenarnya stres dengan hidup sebegini. kalang-kala mereka payah untuk mendiamkan anak mereka sendiri tetapi takut jiran-jiran mereka datang melaporkan tentang kebisingan anak-anak mereka. Suasana yang dicipta oleh masyarakat Jepun ini telah membuatkan beberapa kejadian pembunuhan. Membunuh jiran kerana tidak suka mereka yang bising atau pun alasan paling lumrah kerana si polan si polan ini mengalami stres. Jika melihat kes jenayah di jepun, mereka kebanyaknnya menggunakan alasan stres sama ada penyelesaian kes atau lari daripada tuduhan. Padahal suasana masyarakatnya sendiri yang mencipta pelbagai halangan.

Warga tua mereka sangat kibishi. Banyak perkara yang perlu dipatuhi. Kadang-kala kerana itu generasi muda mereka mula memberontak dan melakukan penentangan yang begitu ekstrem. Maka di Jepun ada frasa terkenal Daredemo Yokatta yang bererti sesiapa sahaja OK. Maksudnya jika mereka bunuh sesiapapun tidak mengapa. Kejadian melanggar orang ramai di Akihabara pertengahan tahun ini mempunyai slogan yang sama. Penjenayah itu melanggar siapa sahaja. Alasannya, stress.

Hari ini, jiran di rumah sebelah bawah HE menekan loceng. Meminta kami perlahankan bunyi bising. Anak HE, Adia dan anak Kak Aini berjumpa bermain Wii. Seronok. Jadi, bergegarlah rumah HE. Kami sudah kena sound. Malamnya pula anak dia menggegarkan rumah mereka. Tidak pasti sama ada dia mahu membalas dendam atau dia juga tidak boleh mengawal anaknya berlari-larian dalam rumah. HE sekeluarga memang tidak kisah. Mereka saja yang kibishi sugi (terlebih prihatin).

Malas sebenarnya nak pening-pening dengan Jepun. HE pun faham jugalah, bak kata orang Masuk kandang Kambik mengembek, masuk kandang lembu menguak. Di mana langit dipijak di situ langit di junjung. Suka hati kau oranglah!. Tapi HE rasa mereka perlu duduk dalam masyarakat lain juga untuk melihat betapa indahnya dunia luar. Mungkin salah kita juga tetapi bukan sepanjang waktu HE bising. Mereka perlu belajar untuk toleransi. Mungkin mereka tiada masyarakat pelbagai kaum seperti di malaysia. Maka tidak hairanlah ramai orang Jepun yang pencen duduk dan bermastautin di negara luar seperti Malaysia, Indonesia atau negara Asia lain. Mungkin mereka ini pernah merantau dan melihat suasana negara lain. Selain itu kos hidup yang agak murah, ketegasan dalam hidup bermasyarakatnya tidak terlalu menerbitkan rasa stres. Moh balik Malaysia wei. Dah kutip duit banyak-banyak di sini, balik Malaysia wei. Ops maaf kepada yang terasa. Ini sekadar rasa hati. Kepada yang bising-bising di negara kita serba kekurangan dan apa apa sahaja yang tidak baik, ingat Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

One thought on “>Hidup Dalam Masyarakat Serba Stres!

  1. >wow…tempoyak..sedapnya…kirimlah sini sikit. pasal jiran tak suka bising tuh biasalah kat Jepun nih. Terlebih perhatian.Tuhlah pasal, Jepun mengalami masalah shoshika (Anak orang Jepun makin berkurang).Selalunya sapa ada anak nih dapat duduk tingkat bawah. HE duduk tingkat atas ke bawah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s