Pada jam ini di Malaysia, 4 tahun yang lalau, kala manusia seluruh dunia sibuk menceritakan kisah tsunami menenggelamkan Aceh dua hari sebelumnya, HE mengisahkan hal isteri dan kelahiran anak HE, anak sulung HE yang akhirnya diberikan nama Adia Zara. Lahir jam 10.07 malam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras.
Hari ini, meraikan Adia. Dia seperti biasa, harinya penuh dengan kejutan. Apa juga keadaannya, Adia suka menyebut “surprise!!!” dan kemudiannya menunjukkan apa yang dibuatnya., apa yang dilukisnya dan apa yang dicontengnya, jika tidak pun, apa yang disepahkannya.
Pagi-pagi mamanya memasak untuk sambutan hari kelahiran Adia. Sambutan yang hanya disertai HE, isteri dan Adia. Arisa sudah tidur dengan nyenyaknya selepas diberikan suapan dada mamanya. Adia nampak gembira kerana hari ini dia mungkin tahu dia adalah orang yang diraikan. Wajahnya berseri-seri. Kala HE memintanya pegun seketika untuk diambil gambar dia membuat aksi pelbagai.
Dengan kek manis dan kemasaman buah strawberi, HE harap Adia akan terus menjalani hidup dengan baik sambil merasakan kemanisan hidup serta meneladani kemasaman pengalaman yang bakal dihadapi kelak. Semoga Adia tabah. Selamat HAri Lahir Adia Zara untuk tahun keempat mu. Selamat Tahun Baru Hijrah juga untuk Adia dengan kehadiran 1430 ini, menghijrahkan Adia dengan sesuatu erti yang baru. Ini pesanan untuk diri Papa juga.
>Adia, Happy Birthday..Anty sayang kat Adia..Anty rindu kat Adia laaaa…lamanya tak peluk Adia…WuWuWuWuWu….
>happy birthday Adia…
>Happy Birthday Adia .. semoga panjang umur menjadi anak solehah kebanggaan ibu ayah …:)
>Dari jauh menyeberangi lautan nenek ucapkan "happy birthday to aya", semuga aya lebih mengerti erti hidup sebenarnya,erti keluarga juga erti senang dan susah kehidupan.Semuga sihat aya sekeluarga, nenek sentiasa mendoakan terbaik untuk aya, papa, mama dan juga cucu nenek yg seorang lagi – arisa.
>appy besday aya…windu nye kt aya…be a gud gurl..umuuahhhss…