>Shibuya: Mendapatkan pasport Arisa

>

  

Sotetsu Line, originally uploaded by hairieusoff.

Hampir sebulan setengah yang lalu, HE mendapat panggilan dari staf di kausular di Keduataan Malaysia di Tokyo untuk mengambil pasport HE dan pasport anak yang sudah siap. Jangkaanya 3 bulan tetapi awal juga siapnya. Di Malaysia boleh siap sehari, maklum sahaja, permohonan membuat pasport ini di bawa ke Malaysia dari Jepun dan sudah tentu memakan masa.

Semalam HE dan keluarga ke Kedutaan Malaysia dengan tujuan serampang bermata-mata (bukan dua mata sahaja). Pertama mengambil pasport, kedua menghantar tuntutan (claim), berjumpa dengan pegawai HRD di Kedutaan, membawa anak berjalan-jalan dan meletihkan badan (ahaks) tetapi yang paling penting, menghantar tugasan di kampus Yagami di Hiyoshi.

Perjalanan dari Shonadai, stesyen terdekat kami menaiki keretapi memakan masa sejam ke Hiyoshi. HE ke kampus dan anak isteri berlegar-legar di stesyen. Kebanyakan stesyen di Jepun ada gedung membeli belah jadi tidak bosan menunggu. Usah kalian bayangkan stesyen LRT Abdullah Hukum dan seumpama dengannya,  memang tidak sama. Selepas menghantar tugasan, terus ke Shibuya, bandar di mana letakknya Kedutaan besar Malaysia di Jepun.

Berurusan dengan staf Jepun memang mengikut prosidur. Maklum sahaja mereka jenis yang mengikut peraturan. Sebagaimana terdapat dalam manual, begitu juga mereka melakukan kerja. Kita mungkin tidak jumpa atau sukar menjumpai perkataan “Mengikut Budi Bicara” dalam hidup mereka. Kata sahabat HE, mereka sama seperti robot. Manakan tidak, dia sekadar hendak memperbaharui paspotnya tetapi kena menyediakan dokumen seperti membuat paspot baru. Tetapi ada juga kebaikannya dengan sikap begitu kerana mereka melakukan kerja dengan teratur.

Di Jepun pemandu bas atau keretapi ada prosidur yang dilakukan sebelum mereka memandu atau semasa memandu. Jika kalin perhatikan sebelum sesebuah keretapi berjalan, pemandu keretapi akan pergi di kepala keretapi seperti untuk memberi tabik kepada keretapi. Sebenarnya mereka membuat pemeriksaan lampu keretapi dan juga destinasi terakhir keretapi.

Bagi bas pula, pemandu bas mereka sangat interaktif. Mereka dibekalkan dengan mikrofon. Ini kerana semasa memandu, semasa menjemput penumpang naik dan menurunkan penumpang, malah semasa membelok mereka perlu menyatakannya dengan lisan.

Migini magarimasu, gochuikudasai, kata pemandu bas semasa hendak membelok ke kanan dan menyuruh penumpang berjaga-jaga. Kadang kala mereka memberikan nasihat tertentu di dalam bas. Pernah terjadi pada H di mana HE melihat bas sudah menghampiri ke bus stop. HE di sebarang jalan sebelah sini terus melintas untuk mengejar bas tersebut. mujur dapat. Tetapi di dalam bas, pemandu itu membuat pengumuman secara umum agar penumpang-penumpang berhati-hati ketika melintas jalan dan menggunakan lintasan yang disediakan. HE terasa seperti disindir tetapi itu tugas mereka dan memang kita yang salah. Terima sahaja.

 

Adia NHK, originally uploaded by hairieusoff.

Bebalik di Kedutaan Besar Malaysia. Selesai hal di sana, terus ke Studiopark NHK membawa anak HE yang suka karektor rancangan pendidikan TV NHK. Walaupun HE pernah pergi dulu dengan rakan sekelas Bahasa Jepun, HE bawa Adia kali ini. Lama juga tidak membawa ke tempat yang disukai Adia. Kali ini biar dia merasa seronok. Tiada apa yang menarik sangat sebenarnya. Cuma ada aktiviti seperti melihat rakaman drama (melihat dari jauuuhhh), mencuba untuk membaca berita, dan sudut-sudut barkaitan drama Jepun. Selesai di Studiopark, kami makan bekal yang dibawa di food court NHK. Selesai semua dengan kencing berak anak, barulah boleh berjalan ke arah stesyen keretapi Shibuya. Jika ke Shibuya tentulah kawasan susur keluar Hachiko di stesyen Shibuya itu dipenuhi manusia. Tambahan pula malam itu dikira Christmas Eve. Manusia perlbagai raut, kulit dan warna berkumpul disusur keluar hachiko menyaksikan orang berduyun-duyun melintasi  persimpangan terkenal menghadap bangunan tersohor Q Front dan Shibuya 109 sebagaimana menghiasi layar dalam filem Lost In Translation. Apa yang hendak dilakukan di situ, entahlah!.

Shibuya Q Front, originally uploaded by hairieusoff.

HE mahu segera pulang. Khuatir dengan kajadian yang tidak baik. Maklum sahaja, kerap kali berita dunia, sama ada sebelum Krismas atau selepas Krismas ada kejadian yang buruk berlaku. Ada tsunami di Acheh pun selepas Krismas (26 Disember). Lagipun hendak pulang cepat kerana perjalanan dengan keretapi lebih kurang dua jam dan kemudiannya dengan bas selama 30 minit. Pulang dengan cepat, sampai rumah pun cepat. Semua terbongkang selepas itu. Letih yang amat. Pun begitu beberapa urusan telah selesai.

2 thoughts on “>Shibuya: Mendapatkan pasport Arisa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s