>Tawa

>

Arisa Laugh 1, originally uploaded by hairieusoff.

Tawa ubat terbaik. Dalam bahasa Inggerisnya Laughter is the best medicine sering diungkapkan sebagai satu frasa motivasi kepada insan-insan dalam duka. Benarkah tawa itu suatu ubat? Aha. ini entri pengubat luka? Ya kadang-kala memikirkan kerja, tugasan dan banyak perkara yang mahu dilakukan, risau takut, sedih dan duka digaul rata. Jadi bagaimana mahu ketawa?

Pernah kalian mendengar sebahagian orang kita kata, “Kau ni ketawa macam hantu. Tak elok lah”

Jadi di sini terdapat kontradiksi. Ketawa itu ubat, sesuatu yang elok. Manakala ketawa itu tak elok seperti hantu.

Mari kita melihat dua sudut tentang ketawa. Pertama dari segi psikologi dan satu lagi dari agama. HE mungkin tidak pandai tentang agama tetapi apa yang HE baca boleh HE berkongsi di sini.

Menurut bidang pengajian psikologi, ketawa atau istilahnya gelotologi menyatakan bahawa ketawa itu memerlukan beberapa koordinasi otot badan. Hasilnya ia memberikan peningkatan terhadap tekanan darah dan kadar denyutan jantung. Ia juga mengubah pernafasan, menurunkan aras sebahagian hormon dan meningkatkan sistem imunisasi.

Menurut kajian, bagi mententeramkan seseorang, ketawa dapat mengendurkan otot dan dengan itu seseorang dapt berada dalam kedudukan relaks. Selain itu ketawa juga kononnya dapat membantu pesakit berkaitan jantung dengan memberikan senaman kepada jantung. Sesetengah hospital kadang kala menyediakan program TV berbentu humur kepada pesakit untuk meningkatkan kerja jantung.

Kata orang juga ketawa ini awet muda. HE tidak pasti akan hal ini Setakat ini tiada kajian khusus mengenainya. Dalam satu kajian pendapat bertajuk Laughter Benefits as a result of Laughter Satisfaction Survey, mendapati kepuasan terhadap ketawa dipecahkan kepada dua iaitu kebaikan kepada korporat dan kebaikan kepada individu. Bagi individu, 38 peratus daripada mereka percaya bahawa ketawa membuat mereka nampak muda.

Dii dalam Islam, Dr. Yusuf `Abdullah Al-Qaradawi, cendakiawan Islam terkemuka mengatakan ketawa itu sebahagian daripa perasaan manusia, Islam sebagai agakama yang meruapakan cara kehidupan tidak melarang manusia menyatakan perasaan mereka. Malah ia amat mengajak kepada kebaikan dan keseronokan hidup dalam erti tertentu.

Pun begitu setiap sesuatu itu bukanlah bebas sebebasnya. Apa juga perkara ada batasnya. Berbekalkan amalan kesederhanaan, Islam menganjurkan umatnya menjauhi ekstremisme. Maka jika ketawa kalian sudah membawa kepada kemudaratan, sudah tentu ia dilarang oleh Islam. Ini diakui juga melalui kajian yang mengatakan sesetengah kes pesakit jantung dan angin ahmar adalah akibat ketawa yang keterlaluan.

Kadang kala ketawa itu kerana mengaibkan seseorang dan itu juga ditegah oleh agama.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Al-Hujuraat: 11.

Maka, sesuatu perkara di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bersederhana dalam apa juga perkara. Bagi HE ketawa anak-anak, isteri, keluarga, ibu-bapa merupakan ubat dan terapi bagi HE dalam menempu waktu-waktu tidak menyenangkan. Bearnya rahmat Allah berikan hanya sekadar tawa.

7 thoughts on “>Tawa

  1. >I feel relaxed kalau dengaq my lil nephew terkekek…i feel less tensed bila i see a smile… a laughter apatah lagi…tapi i will get angry if people laugh @me..and i pun akan semput kalau gelak banyak sgt hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s