>Hendak membengkokkan semula Jambatan di Johor? II

>

TRUCKING IN SINGAPORE, originally uploaded by Claude BARUTEL.

Pada 15 Disember lalu, setelah Utusan Malaysia edisi internetnya menyiarkan tajuk berita Hidupkan kembali projek jambatan baru ganti Tambak Johor, kata penduduk dan pemimpin politik JB, akhbar internet itu tidak menyiarkan apa-apa berita susulan tentangnya. Berita tersebut hadir setelah Bangunan Sultan Iskandar bernilai RM1.3 bilion dirasmikan Sultan Johor 1 Disember 2008 iaitu sebahagian perjanjian pakej lengkap Projek Jambatan Bengkok dan Jalan Keretapi ke Singapura.

Agak menghairankan berita sebegitu tiada susulan. Adakah Utusan Malaysia diminta “tutup mulut” berkenaan hal Jambatan Bengkok. Pada pihak pemerintah, isu jambatan Bengkok mungkin sudah tamat dengan menukarkan pengklasifikasian dokumen rahsia berkaitan rundingan dua hala antara Singapura atau mingkin dengan pembiayaan pampasan sebanyak 237 juta kepada Gerbang Perdana, tetapi pada perkiraan HE, rakyat masih memandang isu ini masih boleh dipanjangkan kerana manusia seperti HE berpendapat banyak perancangan teliti yang telah dilakukan atau mungkin kajian telah dilaksanakan sebelum wujudnya projek Gerbang Selatan yang sebahagiannya adalah pembinaan Jambatan menggantikan Tambak Johor.

Pada pandangan HE, Kewujudan Iskandar Malaysia (Sebelum ini Wilayah pembangunan Iskandar dan sebelumnya SJER) telah wujud lebih lama semasa Tun Dr. Mahathir melahirkan idea pembangunan dalam projek Gerbang Selatan Bersepadu. HE masih ingat usaha Pelabuhan Tanjung Pelepas, Link Kedua dan Mewujudkan Bandar Hiburan seperti Disneyland di Nusajaya dan seterusnya kompleks lengkap kemasukan ke Malaysia melalui Singapura iaitu Kompleks Pemeriksaan Kastam, dan Kuarantin (KIK), Pembinaan Jambatan seperti Helang menggantikan Tambak Johor dan kemudiannya digantikan dengan Jambatan Bengkok serta Jambatan Keretapi yang mudah alih.

Idea sebegini perlu penelitian rapi khasnya kesan kepada wilayah-wilayah berkaitan. Jika salah satu komponen dihentikan bererti, ia memberikan kesan kepada komponen lain. Sebagai contoh, pembatalan Jambatan menggantikan Tambak Johor telah mengambil kapasiti urusan dan kemampuan KIK dan jika ia dibatalkan, ia berkemungkinan akan menjadikan KIK terkurang dalam mengoptimumkan kapasitinya. Ini disebabkan tanpa Jambatan, kenderaan yang mengelak kesesakan akibat Tambak Johor akan beralih ke laluan lain seperti di Link Kedua. Padahal dengan pembinaan Jambatan, kesesakan mungkin dapat dialihan sedikit (malah lebih bagus lagi jika membuat Jambatan Lurus). Jika ada usaha menyambungkan Singapura dengan Johor pada masa hadapan, HE kira, teruskan sahaja dengan Jambatan Lurus kerana ia bukan sahaja baik untuk Johor malah ia juga baik untuk rakyat Singapura.

Projek pembinaan jambatan ulung di Jepun yang menghubungi Pulau Honshu dan Shikoku berdiri atas kehendak rakyat. Kesukaran perhubungan menjadi tunjang walaupun pada dasarnya melihat projek itu amat tinggi kosnya sama ada dari segi kewangan mahupun teknologinya. Projek tersebut juga dikatakan tergendala untuk beberapa ketika namun melihatkan keperluan dalam jangka masa panjang, projek yang terdiri daripada 3 buah jambatan Akashi-Kaikyo, jambatan Seto Agong dan jambatan Kurushima-Kaikyo itu diteruskan juga. Selat Akashi merupakan jalan perhubungan antarabangsa iaitu dengan lebar 1500 meter. Sekadar perbandingan dengan Selat Tebrau, yang diambil kira panjangnya melalui Tambak Johor atau Tambak Tanjung Puteri iaitu 1,056 meter bolehlah HE simpulkan tidak berapa jauh bezanya dengan Selat Akashi dari segi lebarnya. Walaupun ada perbezaan dari segi alam sekitar dan undang-undang antarabangsa, tetapi motif perhubungan antara dua tanah yang dipisahkan selat itu dikira sama dalam memudahkan kelangsungan hidup manusia diantaranya.

Jelas sekali projek membina jambatan ini bukan sahaja meneruskan kelangsungan hidup manusia tetapi ia juga berkait rapat dengan pemuliharaan alam dan kehidupannya. Ketika ini, kehadiran Tambak Johor menampakkan trend yang tidak baik kepada alam sekitar sejak kewujudnya pada 1923. Tambak Johor telah menyekat aliran air sepanjang Selat Tebrau dan ia menyebabkan kedua-dua pihak mahupun di Johor dan Singapura perlu memperuntukkan sejumlah kos bagi pembersihan akibat sekatan oleh Tambak Johor. Dalam masa panjang Tambak Johor dianggap tidak releven kepada persekitaran Selat Tebrau kerana dianggap memusnahkan suasana harmoni kehidupan akua-marin. Tambahan pula pungutan sampah sepanjang perairan Johor di selat Tebrau sangat besar kuantitinya sehingga mencapai 15 tan sehari. Tambak Johor yang menyekat aliran air akan membuatkan sampah mengelilingi kawasan tambak. Ini sekali gus mencacatkan pandangan. Maka untuk menjadikan perkara tersebut tidak berlaku, selain mengawal selia dengan baik pengurusan sampah, menidakkan kehadiran Tambak Johor boleh mengurangkan kos pembersihan di sepanjang Selat Tebrau untuk jangka waktu panjang.

HE fikir, idea meneruskan projek Jambatan Malaysia Singapura menggantikan Tambak Johor perlu mendapat gagasan baru. Harapan menerusi pimpinan baru agar idea ini dihidupkan semuala akan menjadi kenyataan. Seandainya kemunculan Disneyland Malaysia menjadi kenyataan, alangkah manis resort itu disisip dengan pesisir selat Tebrau yang bersih sama seperti Tokyo Disney Resort di teluk Tokyo. Harapan rakyat seperti HE kepada pemimpin negara, sentiasalah berfikir untuk masa depan cucu cicit kami. Bagi pengganti Tambak Johor, tidak kira lurus ataupun bengkok, harapan kami hanyalah kelangsungan hidup sebagaimana harapan arus yang ingin melepasi tambak itu.

2 thoughts on “>Hendak membengkokkan semula Jambatan di Johor? II

  1. >kalau tak silap, akan wujud legoland di johor. disneyland tarak jadi. as news mentioned, legoland is more to kid as their target market. dont know much bout legoland, but they said this is a 1st legoland ever for asian region

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s