>Diet Pisang

>

Banana, originally uploaded by hairieusoff.

Sejak kebelakangan ini, stok pisang di pasaraya berdekatan rumah HE sering habis. Jika ada sekalipun, HE perlu pergi awal pagi untuk membeli pisang kerana menjelang tengahari, pisang sudah habis.

HE tidak tahu penyebabnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini di televisyen kerap menayangkan kaedah menurunkan berat badan dengan memakan pisang oleh seorang selebriti. Malah ia diakui oleh pakar permakanan. Kaedah yang dipanggil AsaBanana atau Pisang Pagi itu agak murah berbanding kaedah diet untuk menurunkan berat badan yang lain.

Caranya, pada waktu sarapan pagi, kalian hanya mengambil pisang sahaja sebagai diet harian dan air suam. walau bagaiman lapar sekali pun, pagi anda hanya boleh diisi dengan pisang sahaja. Jika kalian sanggup menjamah setandan pisang untuk sarapan pagi, sila kan tetapi bukan makanan lain.

Kemudian setelah tengahari, kalian boleh makan makanan yang kalian suka seperti biasa. Begitu juga malam. Pun begitu sila pastikan selepas makan pisang dan air suam, peruntukan 30 minit sebelum menjamah apa-apa makanan.

Selamat mencuba.

7 thoughts on “>Diet Pisang

  1. >aku dimaklumi oleh adik ipar di shizuoka ttg hal ini. skrg ini stok pisang di rumah aku menjadi2 berkali ganda banyaknya sejak 2 bulan lepas…mcm jd monyet pula…ekekeke..suri lah niiii~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s