>Meraikan Sensei

>

Maguro Head, originally uploaded by hairieusoff.

Di Jepun, tetamu dirai sama seperti bangsa kita merai kehadiran dan pemergian.

Semalam, waktunya meraikan kedatangan seorang Profesor dari sebuah universiti terkemuka di Amerika. Beliau pernah datang ke lab HE pertengahan tahun ini. Dia datang semula untuk kolaborasi projek.

Dalam masa yang sama ia juga sebuah majlis perpisahan dengan seorang penyarah berbangsa Jepun di sebuah universiti terkemuka juga di Amerika.

HE hanya mampu makan sashimi dan isi kepala Maguro atau boleh la kita katakan ikan tongkol bersaiz besar. Semua itu bersulam air teh olong demi mengecutkan perut HE.

Mereka pula seawal majlis, masing-masing saling tuang menuang bir dan sejurus itu melaung “Kampai” bererti “Raikan”. HE turut serta dengan menghayun segelas teh olong dengan beberapa ketul ais. Seraya itu, gelas antara kami ditemukan. Akhirnya makan. Memulakannya dengan Sashimi atau daging-daging ikan yang mentah itu dicicah kicap, kami kemudiannya dikejutkan dengan kepala ikan Maguro yang distimkan dan seterusnya mereka menjamah Nabe penuh dengan sayur-sayuran tetapi sayangnya diisi dengan daging bukan halal walaupun mengetahui ada tiga daripada kami tidak menjamah benda itu. Sama ada mereka terlupa atau buat-buat lupa. Entah!

Nabe: Sup hasil rebusan sayuran dan daging yang dimasak di atas meja untuk makan malam di musim sejuk.

One thought on “>Meraikan Sensei

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s