>Anak gadis…

>

My Arisa relaxing, originally uploaded by hairieusoff.

Anak gadis ku tidur dan bangun. Kadang kala merengek. Seluruh bicaranya diucapkan dengan tangisan dan disulam derai tawa bila hati diusik gembira.

Anak gadis ku yang seorang lagi bicara dan katanya penuh dengan pertanyaan. Pelajaran dalam hidupnya sudah melalui pelbagai persoalan. Terkadang, hati tidak dapat mencari jawapan yang bersesuai untuk mereka. Aku tidak boleh menipu mereka kerana jawapanku akan menjadi bekalan hidup mereka, malah ia akan menjadi kepercayaan sehingga dewasa kelak.

Esok, anak gadis yang merupakan adikku menerima cincin di jari sementara menunggu waktu dinikahi kelak.

Ia membawa aku jauh ke masa depan seketika dan tertanya-tanya bagaimana waktu itu kala anak gadis ku pula disunting jejaka pilihan hatinya. Apa perasaan aku ketika itu? Ketika aku memutuskan untuk membuka telapak tangan ku yang selama ini ku genggam erat jemari anak gadisku itu. Malah pepensil jari itu terpaksa ke lepaskan menuruti cintanya. Aku masih menjauh dari situasi itu. Aku mahu waktu itu tiba lewat.

3 thoughts on “>Anak gadis…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s