>Semakin dewasa

>

Arisa n Adia, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ini anak HE, Arisa sudah mempu meniarap dengan kudratnya. Sejak beberapa hari lalu, Arisa dibiarkan terbaring sendirian di atas permaidani panas yang menerbitkan perasaan senang di sanubari. Permaidani yang secara automatik tertutup apabila enam jam berlalu itu membuatkan Arisa lebih bersemangat dalam perjuangannya.

Hari ini, dia sudah dewasa pada suatu tingkat. Dia sudah mampu meniarap dengan sendirinya. Ah!.. jeritan Arisa bagai puas dengan pencapaiannya. Aku juga puas melihat anak-anak bersemangat melakukan sesuatu yang baru. Kakaknya, Adia sejak beberapa hari ini begitu kerap mngikut mama dan papanya bersolat. Walaupun kadang kala mendahului imam, minatnya itu amat aku kagumi.

Semoga kedewasaann kalian memandu diri kalian pada masa depan kelak. Ingatlah Papa dan Mama mu nanti sebagaimana kami sentiasa mengingati jasa kedua orang tua kami.

4 thoughts on “>Semakin dewasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s