>Sejauh Mana Keberanian Media Kita?

>

Menonton TV di Jepun penuh dengan berita dan maklumat bagi HE. Program TV di Malaysia dihiasi rancangan nyanyian dan kononnya program realiti TV yang kebanyakan juga berbentuk nyanyian, tidak banyak di saluran teristerial di Jepun.  Namum, rancanganya lebih realiti daripada rancangan TV di Malaysia pada pandangan HE. Usah marahkan HE menyatakan kenyataan begitu kerana ia pandangan peribadi.

Hampir kebanyakan rancangannya dipenuhi dengan para selebriti yang selalunya kalangan pelawak (domain pelawak kita dan Jepun mempunyai tafsiran yang agak berbeza – Mungkin). Mereka ini penuh dengan program mencabar minda seperti kuiz dan selain itu ada juga rancangan berkaitan pengembaraan. Selebihnya berkaitan dengan makanan atau gurume dan drama. Di dalam Kuiz mereka adakalanya menampakkan diri mereka bodoh lantaran tidak tahu menjawab soalan yang rata-ratanya bersifat pengetahuan am dalam pelbagai aspek iaitu seni, politik, sains, matematik dan pelabagai perkara. Kuiz mereka agak menghiburkan kerana selain melihat kelaku peserta, kita juga mengetahui beberapa perkara daripada kuiz tersebut.

Selain daripada itu, mereka juga amat cemerlang dari segi set pentas dan juga teknologi dalam pengendalian rancangan kuiz. Alat yang mereka gunakan sungguh mengujakan kita untuk melihat program tersebut. Kuiz di Malaysia seperti Who Wants To Be A Millionaire atau Kunci Khazanah merupakan rancangan yang baik panda pandangan HE tetapi ia agak formal. HE mungkin sudah setahun setengah tiada di Malaysia jadi HE sukar untuk membuat perbandingan program TV sekarang. Walau bagaimanapun, HE membuat andaian, dalam tempoh setahun setengah perbezaannya tidak begitu ketara.

Seperti HE sebutkan di atas, kebanyakan program di Jepun dihiasi dengan selebriti kalangan pelawak. Selain mengisi program berbentuk kuiz, pelawak mereka akan melakukan kerja asas mereka iaitu melawak dan berbicara tentang lawak, salah satu kegemaran masyarakat Jepun ialah meniru gaya orang (Monomane). Itu merupakan lawak bagi mereka. Kita pernah melihat pelawak kita yang dikenali sebagai Yusuf Chong yang berbakat dalam meniru suara dan gaya beberapa kalangan Menteri Kebinet suatu ketika dahulu seperti Samy Vellu dan Keng Yik tetapi kini sudah tenggelam mungkin kerana faktor akibat usia atau bukan arus kita melihat lawak sebegitu.

Di Jepun, lawak meniru gaya sesiapa sahaja termasuk pemimpin adalah sangat disukai. Seperti sisipan youtube di atas, pelawak Jepun menggunakan solekan tertentu menggambarkan wajah pemimpin mereka dan menyindir isu-isu yang berkaitan dengan pemimpin tersebut. Di dalam video itu terdapat 3 bekas Perdana Menteri Jepun iaitu, Junichiro Koizumi, Shinzo Abe dan Yasuo Fukuda. Pelawak ini sebenarnya menjadikan imej ini sebagai imej lawaknya untuk suatu jangka masa tertentu. Adakah di Malaysia kita mampu atau seberani ini untuk menyuarakan pandangan di media arus perdana? Adakah pelawak kita mampu menerobos ke kaca TV untuk menyolekkan wajah mereka menjadi muka Perdana Menteri dan melakukan lawak berkaitan dengan Perdana Menteri kita?

Advertisements

7 thoughts on “>Sejauh Mana Keberanian Media Kita?

  1. >Am setuju, pelawak kita bukan tak ada idea tapi tak berani dan terkokong dengan berbagai garis panduan. Ini menyebabkan idea mereka setakat idea sahaja.Kalau tak silap dulu OGY dalan rancangan Melodi baru sebut perkataan BERDOYON dan menjadi isu besar sampai nyaris kena saman. Itu baru sesama artis belum lagi menteri atau orang kenamaan lain.Apa yang pelawak kita lakukan ialah mengulang balik lawak2 lama dengan versi baru….

  2. >kang buat lawak tiru gaya menteri, kena pulak gam. Dah tak boleh cari makan. Buat lawak isu politik & sensasi, kena pulak ISA. Buat lawak bodoh ajelah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s