>Menyaksikan Cahaya Gemerlapan Dalam Dingin Disember

>

   

Adia n Kitty, originally uploaded by hairieusoff.

Ini adalah kiriman tertunggak.

Kiranya belum terlambat mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua. Semoga pengertian korban menunjangi hati kalian sepanjang kehidupan kalian dan bukan sekadar kehadirannya di kala tibanya Aidiladha.

Bulan ini, adik lelaki HE pergi merisik, adik perempuan pula menjadi tunangan orang. HE mengucapkan selamat dari kejauhan sahaja.

Hujung minggu lepas, HE sekeluarga, ke Tama Center, sebuah daerah selatan Tokyo. Di situ merupakan pekan Hello Kitty. Tujuannya bukan hendak pergi taman tema Hello Kitty yang bernama Puroland itu, tetapi mahu melihat hiasan lampu yang dipanggil Illumination di Jepun. Kebanyakan bandar atau daerah di Jepun membuat Illumination pada saat ini. 

  

Illumination Tama Center 4, originally uploaded by hairieusoff.

Sesampainya di sana, HE dan isteri berharap Adia tidak akan bertanya tentang Hello Kitty kerana tidak kasihan melihat Puroland tetap tidak masuk kedalamnya. Bukan apa, bukan di dalam belanjawan untuk masuk dalam taman tema.

Sudah rezeki kata orang, tiba-tiba karaktor Hello Kitty keluar di kawasan tersenut. Lega hati kami kerana dapat melepaskan Adia dengan pujaannya. Jadi tidaklah dia terasa ralat jika tidak memasuki Puroland.

Gelap malam di Tama Center bermandikan cahaya. Ia mengingatkan HE akan Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Bandaraya Taman Bercahaya. KL dihiasi indah pokoknya dengan lampu. Bangunan Sultan Abdul Samad bermandi cahaya saban malam. Kini hanya di hujung minggu.

  

Illumination Tama Center 1, originally uploaded by hairieusoff.

Di sini, pada kala ini ramai rang berduyun-duyun menyaksikan hiasan pokok dengan lampu-lampu led dan bentuk-bentuk pelbagai jenis, malah paling utama, kamera pasti di tangan sama ada Digital Kamera biasa mahupun DSLR. Masing-masing berkunjung semata-mata melepaskan hobi menrakam momen dan sudut yang indah bakal dicetak di skrin ataupun di lembaran. HE hanya gaya-gaya Adia berlatarkan Illumination di dalam kad memori.

Sekali-sekala, si kecil Arisa sudah merengek. Dia sudah kesejukan. Bapanya memang kejam kerana leka menyaksikan gemerlap cahaya led pelbagai warna dan membiarkan anaknya kesejukan. OK kita baliklah kata isteri. Melihatkan foto sudah dirakam, Adia juga sudah puas berjumpa Kitty, kami terus pulang. Ternyata dalam sejuk sebegitu, ramai lagi orang yang sanggup berulang-alik untuk menyaksi hiasan lampu yang setahun sekali ditayangkan. HE juga hairan mengapa HE di Malaysia tidak merakam pun gemerlap sinar Bangunan Sultan Abdul Samad yang lebih indah sinarnya. Itulah kelekaan kita agaknya, hati selalu berkata, lain masa mungkin ada peluang untuk merakamnya. Kesudahannya, saat ini pun, tiada satu gambar bangunan itu dalam simpanan HE.

One thought on “>Menyaksikan Cahaya Gemerlapan Dalam Dingin Disember

  1. >biasanya di negara orang atau di kawasan orang, kita lebih excited. di negara sendiri, lampu2 tersebut sudah menjadi pemandangan yang biasa hingga kita tak terlalu teruja untyk merakamkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s