>

    

Adia Stood Still, originally uploaded by hairieusoff.

Ingin sekali melihat Adia berdiri lama seperti di atas.

Di Jepun, asas  rumah kami diperbuat daripada kayu, sama seperti rumah panjang, ada 8 pintu kesemuanya, 4 di atas dan 4 di bawah.

“Adia, tak mau la lari-lari dalam rumah”. Aku

Adia duduk sebentar dan berlari-lari lagi.

“Adia ni macam tak dengar cakap papa aje”. Aku.

“Nanti Uncle bawah naik tangkap Adia, baru tahu”. Aku lagi.   

“Tak Nak”. Adia. Takut dengan uncle di bawah rumah kami atau takut dengan ugutanku. Rumah di Jepun sudahlah boleh dengar hentakan kaki, kadang kala mereka sangat perlukan suasana sunyi. Mahu Privasi.

Tiba-tiba, Adia berlari lagi.

“Adia…”. Aku lagi.

“Aya (nama manja Adia) Asyik Tak Nak aje kan?”. Jawap Adia sebelum aku menyambung ayat yang sama. Dia sudah sering mendengar Aku mengucapkan ayat itu setiap kali dia mengucapkan “Tak Nak”.