>Rambut

>

 

kamarul, originally uploaded by hairieusoff.

Kala berfacebook (mungkin perkataan ciptaan baru yang perlu diambilkira), HE berjumpa ramai sahabat lama. Sahabat dari HE bersekolah Rendah sehingga Matrikulasi dan Universiti. Paling ketara adalah kita dapat melihat mereka sangat berubah dari saiz, wajah dan penampilan seperti pakaian, rambut dan sebagainya. Ada pula yang sama seperti dahulu. Malar Segar.

HE pun begitu. Orang melihat HE berubah serba sedikit. Maklum sahaja, apabila meningkat usia, adalah juga yang meningkat sama ada dari kematangan, perbuatan atau apa sahaja yang memungkinkan kita berubah mengikut peristiwa dan suasana di sekitar kita.

Suatu hal yang menarik apabila HE berbual sesama rakan, mereka kata HE tidak seperti dulu khasnya rambut. HE juga ada merasakan begitu. Lagipun rambut adalah objek sentiasa berubahan kerana ia akan panjang. Sama ada kita biarkan ia panjang atau kita potong pendek atau kita botak tentu menjadikan penampilan kita berbeza.

Bercerita tentang rambut (HE kira tidak ramai hendak bercerita tentang rambut, jadi HE bercerita tentang rambut HE), banyak perkara perlu diperhatikan. Setelah memusing-musing di dunia siber, HE dapati perkara asas berkaitan rambut itu ada 5. 

  1. Tekstur
  2. Densiti/Kepadatan
  3. Porosity/keliangan/kadar Penyerapan
  4. Keanjalan/Elastik
  5. Bentuk 

Baiklah mata pelajaran hari ini ialah mengambil contoh rambut HE dan mengaplikasikan dengan 5 perkara di atas. Anda juga boleh melihat apakah struktur rambut anda.

Tekstur. Bercakap tentang tekstur rambut, secara khususnya akan melihat bagaimana ketebalan sehelai rambut. Seperti HE mempunyai rambut jenis halus iaitu diameternya kecil. Ada jenis rambut sederhana dan jenis tebal urat rambutnya. Selalunya rambut seperti HE sangat senang rosak dengan tindakbalas kimia. Rambut yang sederhana agak mudah melakukan treatment dengan bahan kimia dan yang tebal mungkin sukar.

Densiti. Ini hal berkaitan dengan bilangan rambut di atas kepala. Ada sesetengah orang rambutnya jarang dan ada pula yang tebal. Seperti HE, HE mempunyai kepadatan rambut yang tinggi atau dalam kata lain jumlah rambut HE adalah banyak. Pengukurannya adalah dengan melihat bilangan rambut dalam lingkungan 1 inci persegi di kulit kepala. Jika banyak, densiti rambut kalian adalah tebal. Pengkelasan yang selalu digunakan ialah, nipis, sederhana dan tebal. HE berambut tebal. Tujuan untuk melihat densiti adalah bagi menggayakan rambut. Jika tebal lebih sesuai untuk dilayeredkan dan untuk nipis lebih sesuai dengan mengkerintingkan sedikit agar nampak tebal.

Kadar penyerapan. Selalunya ini akan ditentukan oleh pakar dengan melihat kutikel. HE pun tidak tahu kadar penyerapan rambut HE.

Elastik. Perkara ini berkaitan bagaimana rambut kalian mempu kekal pada kedudukan atau kembali ke kedudukan asalnya. Untuk melihat rambut anda elastik atau tidak, pilih beberapa lembaran rambut di 4 kedudukan dan tarik rambut anda. Pastikan rambut anda basah. Jika rambut kalian kembali pada kedudukan asal, maka rambut kalian adalah elastik.

Bentuk. Bolehlah diistilahkan rupa atau figura rambut. Asasnya rebentuk rambut dikelaskan kepada empat, iaitu lurus, berombak, sangat berombak dan bergelung. Pun begitu rambut lurus mempunyai tekstur yang halus, sederhana atau tebal. Bagi rambut berombak selalunya berbentuk “C” semasa pendek dan menjadi “S” semasa panjang. Manakala rambut jenis sangat berombak akan berbetuk “S” semasa pendek dan meneruskan bentuk itu apabila panjang. Selalunya rambut begini agak “semak” semasa panjang. Rambut kategori bergelung adalah rambut yang memang bergulung dari kulit kepala. Pun begitu, ia mempunyai jenis gulungan yang halus ataupun tebal.

Berdasarkan gambar semasa kecil, HE jangka HE mempunyai rambut lurus dan halus. Mungkin DNA rambut HE sama seperti mak HE, (ala nyonya) itu sampai kepada HE. Semasa kecil dan sebagai budak memang HE tidak pernah ambil kisah tentang rambut. Kecuali semasa HE darjah 6 baru HE pernah membelek cermin dan merapikan rambut HE. Pada ketika itu masih lagi lurus rambut HE walaupun sudah mula sibuk menjadi olahragawan di sekolah.

Semasa HE di sekolah Menengah. HE sudah mula rasa rambut HE sudah mula berombak. Mungkin kerana budak lelaki tidak kisah sangat tentang rambut dan jadual harian yang padat di asrama membuatkan kesihatan dan pengambilan nutrisi tertentu kurang. Tambahan pula setiap petang latihan bola keranjang dilakukan dan berpanas terik sepanjang petang. Rakan lain mungkin mempunyai struktur rambut yang kurang sensitif, jadi rambut mereka kekal seadanya, malah sentiasa berkilat dan berminyak.

Sesuatu yang HE ingat semasa HE tingkatan 3, HE tidak memakai krim rambut sendiri tetapi mencilok minyak rambut senior HE (dengan izin). Minyak itu seingat HE berwarna hijau dalam bekas kaca dan ada muka wanita cina. Memang minyak itu mengeraskan rambut dan akhirnya rambut HE juga keras sepanjang HE di sekolah menengah, ditambah pula latihan bola keranjang dalam panas terik ke atas rambut yang mungkin daya serapannya tinggi ini. Pada masa itu rambut HE menjadi kategori berombak. Gaya rambut HE pada ketika itu kekal sehingga memasuki Matrikulasi dan hampir tamat pengajian di Universiti. Di universiti ada kalangan sahabat memperkenalkan krim pelurus rambut. HE ada cuba memakainya tetapi baunya sangat kuat dan HE kira ia tidak kekal malah merosakkan rambut. Jika rambut baru tumbuh, rambut yang telah diluruskan itu menjadi sangat hodoh .

Setelah bekerja, kalian pasti ingat iklan shampu Rejoice dengan perkataan Rebonding. Waktu itu ramai yang mengaitkan rebonding dengan meluruskan rambut. HE pun begitu sebenarnya. Bila HE memusing ke internet, HE dapati rebonding bukan sahaja untuk meluruskan rambut tetapi suatu teknik yang juga digunakan sewaktu mengerintingkan rambut. Melakukan rebonding bererti mengubah struktur rambut. Perubahan rambut seseorang yang dulunya lambut lurus dan kemudian menjadi beralun atau sebagainya adalah disebabkan ikatan tekstur atau 5 perkara asas rambut berubah. Atas membetulkan atau merubah struktur itu, rebonding diperkenalkan. Proses ini sebenarnya ingin mengubah struktur itu supaya menjadi struktur yang diingini dan kemudian diikatkan (bond) semula ikatan tersebut (rebond) struktur yang baru. Pun begitu ia sangat melibatkan bahan kimia dan aktiviti pemanasan serta regim agak keras. HE pernah mencubanya sekali sewaktu kerja dahulu dan HE rasa sangat tidak sesuai dengan rambut HE yang mempunyai porositi yang tinggi. Pada awalnya memang lurus tetapi ia agak tidak natural bentuknya. Leper sahaja rambut kita. Setelah beberapa lama apa bila rambut baru mula keluar, Ia menjadi agak kembang. Rambut lama pula kelihatan agak poros. Sejak itu HE tidak pernah mahu pelakukan apa-apa aktiviti di salon, melainkan menggunting rambut bersama isteri.

Di Jepun, harga menggunting rambut di kedai biasa sekitar 1000 yen atau 980 yen iaitu bila ditukar Ringgit menjadi sekitar 30 ringgit. Agak mahal. Rakan Vietnam HE (seorang anak gadis) melakukan pemotongan rambut, mewarna dan bersyampu memberikan kos sekitar 300 ringgit. Bagi mengelak pembaziran ke salon, HE selalu lakukan semasa tinggal di Chiba dulu ialah memendekkan rambut sendiri. Ada juga sekali HE botakkan rambut HE sebelum berpindah masuk ke Universiti. Selepas membotakkan rambut HE, HE hanya biasakan bersyampu 3 kali seminggu bersama perapi dan meminyakkan rambut sekali sekala dengan tuala panas. Selepas mandi biasanya HE keringkan rambut betul-betul supaya kulit kepala bersih. Dan seperkara lagi memakan banyak kekacang merupakan diet yang baik untuk kesihatan rambut kalian.

Nah sekarang rambut HE terasa sihat berbanding dahulu. Tambahan pula suhu di sini agak sejuk selain musim panas, maka rambut tidak begitu terkena perit mentari. Alhamdulillah, rambut HE masih tebal di kala ini berbanding sebahagian rakan-rakan (jangan marah ye kepada sesiapa yang berkenaan). Anugerah Tuhan yang nampak kecil ini sering kita lupa tetapi perlu juga dijaga kerana tanpanya kulit kepala kita tiada tempat berlindung dari panahan mentari.

2 thoughts on “>Rambut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s