>

Pengangkat Barang, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa hendak pergi membayar insuran tempohari, terserempak dengan seorang pekerja sebuah syarikat pengeluar minuman. Dia sedang mengangkat kotak yang berkemungkinan berisi minuman bertin yang hendak diletakkan ke dalam mesin layan diri (vending machine) atau dalam bahasa Jepunnya Jidohanbaiki.

Menariknya, ada alatan seperti troli yang boleh menuruni dan mendaki tangga. Pada pandangan HE patut juga berada dalam pasaran negara kita untuk HE angkat barang dari tingkat bawah ke atas rumah. Jika tidak pun sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah pangsa tanpa lif.

Tak begitu.