>Kesempatan melihat Dedaun kemerahan

>

Adia n Pigeon, originally uploaded by hairieusoff.

Sebenarnya, menurut ramalan cuaca, hari ini hujan. Tetapi mengenangkan, sehingga kini masih belum ada kesempatan merakamkan warna-warna musim luruh, HE gagahi juga untuk keluar bersama keluarga.

Jika hujan, maka banyak daun yang gugur dan musim luruh kian melabuhkan tirainya. Hari agak mendung dan berangin. Dingin agak mencengkam tulang. Anak-anak seronok kerana sudah lama tidak keluar melainkan bapanya berulang-alik kelas dan acara ORF di Tokyo.

Adia Koyo 2, originally uploaded by hairieusoff.

Adia gembira dengan “outing” ini. Di samping bermain dengan merpati di taman, melepaskan lelahnya di taman itu, taman di pekan berdekatan dengan rumah kami. HE, HE pula melepaskan pandangan bebas lepas untuk menenangkan jiwa setelah kepenatan untuk beberapa hari.

Melihatkan dedaun yang sudah luruh dan dahanan tanpa daun, jelaslah, kesempatan ini hanya melihatkan erti musim luruh sebenar. Selalunya ramai kalangan orang Jepun menunggu saatnya daun bertukar warna dan gambungan kuning dan merah itu dijadikan pengembaraan. HE, hanya berkesempatan menyaksikan daun yang berguguran. Pun begitu, ia memberikan satu menifestasi yang besar terhadap diri HE. Manusia juga seperti itu, apabila tiba kitarannya, kita juga akan gugur ke daerah lain mengunjungi Dia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s