>Menyaksikan bumbung Bumi Samurai

>

Fuji, originally uploaded by hairieusoff.

Dalam perjalanan pulang dari kelas di kampus Yagami, di dalam sang ular besi yang ku naiki, mataku dibenarkan cuaca hari itu untuk aku menyaksikan kelibat bumbung tanah Jepun, Fuji. Berdasarkan kanji atau penulisan karaktor Jepun 富士, Fuji itu berdiri di atas dua karaktor yang satunya (富, dibaca dengan Fu, atau kadang-kadang dibaca Tomi) bermaksud kekayaan atau kemahsyuran manakala kanji 士 (dibaca dengan ji) itu bermaksud kelelakian atau samurai. Maksudnya cukup mendalam bagi masyarakat di sini yang cukup mengagongkan kewujudannya dan menjadikan model kegagahan bangsanya. 

Bukan mudah ia mempamerkan wajahnya ibarat Puteri Gunung Ledang yang menjadi misteri wajahnya, puncak Fuji juga suka bersembunyi di balik awan gemawan yang menyelubunginya. Hari tu, cuaca yang terang lagi telus, Sang Fuji itu tidak terdaya berselindung dan meloloskan pandanganku ke arahnya. Indah. Puncak putih itu bakal terus bermandikan salju dalam tempoh dua tiga bulan lagi. Dingin dan sepi tanpa kunjungan manusia biarpun indah dipandangan mata. Diibaratkan juga manusia yang kosong hatinya walaupun melirik senyuman senantiasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s