>

Dianna Konvo, originally uploaded by hairieusoff.

Ini kiriman agak terlewat.

Yang seorang ini, adikku baru selesai menggengam ijazahnnya. Tahniah daripada bangmu ini. Semoga ia menjadi pakaian untuk kerjaya kelak.

Melihatkan dia, mengingatkan aku juga. Untuk segulung ijazah, dia melalui peringkat yang panjang. Diploma dan kini Ijazah. AKu, untuk ke sini, menempuh tujuh tahun waktu bekerja. Apapun rezeki tuhan berikan di mana-mana.

Bulan ini menerima ijazah, bulan depan menerima cincin. semoga kekal sehingga ke hari pernikahan dan seterusnya kekal ke anak cucu. Tahniah untuk kedua-duanya.