>Membuka Ruang Untuk Adia

>

Adia School, originally uploaded by hairieusoff.

Adia. Anakku. Melewati hari-harinya bersama-sama ibu dan bapanya saban hari. Beberapa ketika melihatkan dia agak tertekan atau stress. Mungkin kerana pada umurnya sebegini dia sudah perlu diberikan ruang menemukan orang selain keluarganya. DIa perlu bersosial. Dan secara semulajadi mempelajari erti fokus kepada sesuatu perkara.

Untuk itu, sebagai ibubapa kepada seorang anak, perkembangan seperti ini wajar dipandang serius. Jadi kami menghantarkannya sekadar kelas Bahasa Inggeris untuk dia merasai pengertian apakah itu kawan, guru dan penumpuan. Di Jepun untuk menghantarkan anak ke sekolah memang mahal. Kami tidak mampu. Kos perbelanjaan pada permulaan agak mahal dan rasanya tidak berbaloi dengan baki setahun untuk pulang ke tanah air. Jika ada 2-3 tahun lagi, mungkin Adia sesuai dimasukkan ke sekolah biasa.

Hari ini, Adia dipertemukan dengan gurunya. Kami hanaya melihat gelagatnya. Adakala hendak meneger perilakunya tetapi isteri pula menegurku untuk diam.”Biarkan guru mengawal anak muridnya. Biar guru mengenali anak muridnya”

Adia agak cekap dalam Bahasa Inggeris tetapi penumpuan agak cepat terpesong. Ini adalah cabaran gurunya. HE berharap melalui kelasnya ini, Adia bisa menemukan sahabat yang baik untuk diteladani sifatnya. Malah mungkin gurunya dapat memberikan sesuatu untuk kebijakan masa depannya. Semoga Adia belajar dengan bersungguh-sungguh melalui ruang ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s