>Kanta Lekap II

>

Acuvue Japan, originally uploaded by hairieusoff.

Sebelum ini, HE cerita bagaimana memperolehi kanta lekap di Jepun, perlu membuat pemeriksaan pakar. Dari pemeriksaan itu barulah kita boleh membeli kanta lekap di kedai lain.

Dua minggu lalu, HE ke klinik mata dan membuat pemeriksaan mata dan dengan tujuan memakai kanta lekap. Walaupun pada asalnya HE menandakan hendak membuat cermin mata tetapi sekilas pandangan, tangan HE menanda untuk membuat kanta lekap di borang yang diberi semasa pendaftaran.

Selepas pemeriksaaan oleh pembantu optometri, HE terus dipakaikan kanta lekap. Sejurus itu HE diperiksa pula untuk melihat kesesuaian kanta lekap itu oleh optometris di dalam sebuah bilik. Katanya jumpa lagi dua minggu.

Selepas dua minggu, berjumpa lagi, katanya, bersih kanta lekap HE. Masakan tidak, HE baru pakai tiga hari. Selebihnya HE pakai cermin mata juga. Mulai hari ini HE kena pakai dan kena rajin maklumlah sudah membelinya, jika tidak rugi.

Nah! HE terperasan hensem sekejap tanpa kaca mata lama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s