Kisah Dulu

>

big school MCKK, originally uploaded by hairieusoff.

Saya terbaca sebuah entri rakan tentang Hantu yang dijumpainya semasa sekolah rendah. Hanny menulis tentang hantu yang dia jumpa semasa tengahari Jumaat. Ia mengingatkan HE beberapa cerita hantu dan juga peristiwa yang diceritakan keluarga HE tentang hantu. Baik. HE cerita mengikut kronologi.

Mak HE semasa mengandung Allahyarham abang HE iaitu semasa tinggal di Air Itam Pulau Pinang pernah mengalami peristiwa berdepan dengan Hantu Jepun. Mak HE sering ditinggalkan Abah HE untuk bekerja seawal jam 5 pagi. Pada ketika itu, Mak HE berkata, dia akan mula mendengar bunyi-bunyi yang berdesing di telinga. Apabila perkara itu berlaku, dia sudah mengetahui bahawa hantu Jepun akan menjelma. Pada kebanyakan rumah zaman dulu, lantainya adalah papan dan bilah-bilah papannya akan ruang di antaranya. Hantu Jepun seperti yang diceritakan Mak HE itu akan keluar melalui alur-alur papan dari lantai itu. Pada ketika itu, seluruh tubuh Mak HE akan terpaku dan katanya, walapun dia merasakan dia menjerit tetapi tidak ada orang akan mendengarkannya.

Kisah seterusnya, Bapa HE dalam perjalan dari Sempadan Seberang Perai dan Kedah ada sebuah jambatan bernama Jambatan Merdeka. Kata Abah HE semasa menaiki motor bersama Mak HE berhampiran Jambatan Merdeka itu ada sebuah pokok yang agak besar. HE pernah juga ditunjukkan Abah HE pokok itu. Ceritanya, semasa melintasi pokok itu, Abah HE meminta Mak HE melihat ke arah pokok itu dan Mak HE kata dia tidak nampak apa-apa. Sebenarnya Abah HE kata dia nampak Pontianak sedang bergayut di pokok itu. Jadi jika kalian melalui Jambatan Merdeka, sebelum sampai ke jambatan, perhatikan pokok itu.

Semasa HE tinggal di sebuah rumah Kembar dua tingkat Kuartes JKR di Kuala Selangor, ada pelbagai cerita aneh yang berlaku. Jika kalian pernah menonton filem Mukhsin, rumah jiran Orked yang kaki Kepoh itu adalah rumah jiran HE. Sebelah pintu rumah itu adalah rumah HE. Kisah pertama, adik HE kerap terjaga malam dan berjalan sehingga ke pintu… cont. (bersambung)

Mujur sangatlah pintu itu dikunci atas dan bawah, jadi dia tidak sampai untuk membuka pintu dan keluar dari rumah. Sebenarnya HE juga perasan, setiap malam kejadian apabila adik HE sleepwalking, HE juga akan terjaga dan melihat keluar tingkap. Pada setiap kali itu pula, ada HE nampak cahaya seperti pelita sekitar kawasan kaki bukit Malawati. Untuk pengetahuan kalian, Bukit Malawati memang terkenal di Kuala Selangor kerana di atasnya ada makam kerabat Sultan Selangor Pertama. Di atas itu juga ada meriam yang dikatakan misteri dan boleh meletup sendiri. Untuk menaiki Bukit Malawati, ada 3 tempat utama dan salah satunya adalah dengan menaiki tangga dan ia di depan dengan rumah HE pada ketika itu. Sepanjang kiri dan kanan tangga yang dipanggil tangga seratus itu pula, hanyalah lalang-lalang sahaja. Dan cahaya pelita yang HE nampak itu berada tangga di kaki bukit Malawati itu dan terus lenyap menerobos dalam lalang-lalang. Semasa kecil, HE mungkin tidak faham dan tidak dapat berfikir tentang itu, tetapi setelah besar, HE boleh rasa menggigil memikirkan tentangnya.

Di rumah yang sama, rumah batu kembar dua tingkat itu agak sempit juga. Semasa bapa HE membeli mesin basuh, kami letakkannya di luar rumah. Tambahan pula paipnya senang dipasang dengan mesin basuh tersebut di luar/belakang rumah. Mungkin melebihkan masa dengan keluarga menjadi amalan kami sekeluarga, hal-hal lain dijalankan kemudian. Umpamanya membasuh kain menjadi tugas Abah HE dan ia dilakukan pada waktu malam, bukan sahaja malam tetapi tengah malam. Suatu tengah malam yang dingin,  Abah HE melakukan kerja membasuh kainnya seperti biasa. Dalam nyenyak dan lena orang sekitar dan HE serta adik beradik di peraduan, Abah HE disapa wanita.

 

Tengah basuh kain ke?

Abah HE tidak berkata apa-apa dan membiarkan wanita itu terus berlalu melewati malam dan semak-samun menuju destinasinya. Sejurus selepas itu, Abah HE terus meninggalkan basuhannya. Kata Abah HE, wanita itu mungkin legenda Anak Dara yang hilang di Bukit Belanda, iaitu Bukit yang bertentangan dengan Bukit Malawati. Kata orang, adalah menjadi laluannya dari Bukit Malawati ke Bukit Belanda. Mungkin semasa dia melalui jalannya itu, wanita itu menyapa Abah HE.

Sekarang HE nak cerita pengalaman HE di MCKK. Sepanjang kehidupan HE di MCKK, dua kali HE merasai suasana seram. HE tidak pula hendak menceritakan dengan orang lain. Masa itu gusar kalau orang kata HE pengecut. Budak lelaki, takut orang lain kata pengecut, daripada bahaya diri sendiri. Kedua-dua kejadian  berlaku semasa HE di tingkatan 1.  Bangunan asrama MCKK untuk tingkatan 1 dipanggil Prep School atau Asrama Persediaan. Di situ semua pelajar tingkatan 1 diasingkan kerana kononnya mengelakkan amalan raging. Lupakan soal raging, HE ceritakan pengalaman HE di bilik asrama HE. Bilik Asrama HE dipanggil Dorm C iaitu berada di tingkat 2. Setiap dorm ada koridornya. Satu koridor diletakkan ampaian idan sebelah lagi kosong kerana menghadap jalan. Kami diberikan katil double dacker. HE duduk di katil bawah. Seblah katil kami diletakkan locker masing-masing dan ia selalunya mengadap tingkap terus ke koridor dan koridor berdekatan HE ialah koridor menghadap jalan. Suatu malam, HE terjaga malam. Hendak dijadikan cerita, malam itu HE memang hendak mebuang air teramat sangat. Selalunya HE buang apa yang patut sebelum lights off atau waktu memberus gigi sebelum tidur. Tetapi malam itu agak sejuk, HE tidak tahan juga nampak gayanya. HE nekad ke bilik air yang berada di tingkat bawah berdekatan dengan dewan makan. Lega tiada apa yang berlaku di bilik air. Tetapi… apabila HE keluar dari bilik air, HE nampak bayang-bayang manusia dalam bentuk 3D mundar mandir seperti sedang sibuk di sebuah kem tentera dan ia melepasi tiang-tiang mapaian di situ. HE segera ke Dorm dan masuk ke dalam kelambu. Sebelum masuk ke dalam kelabu, HE terpandang bayang yang sama di koridor dari locker HE. Hampir kesemua daripada mereka tiada berkepala dan sedang berkawad. HE mendengar desir-desir suara seperti kita mendengar dengungan lalat menghurung makanan tetapi HE tidak tahu mereka berkata apa. HE segera masuk ke dalam kelambu dan menelekupkan kepala di dalam bantal untuk menanti siang hari.

Peristiwa kedua, ketika HE duduk di sickbay atau bolehlah dikatakan pusat kuarantin pelajar yang ada penyakit lah. Ketika itu HE kena chicken pox. Seminggu kena tahan di sickbay. Selalunya ada dua atau tiga orang duduk di sickbay tetapi ada juga satu malam HE kena tinggal seorang di situ. Sickbay itu bersebelahan dengan bilik matron dan sebelah bilik matron ada macam stor. Suatu malam yang sangat hening, apabila semua orang sudah tidur, HE terdengar bunyi seperti kuku yang tajam melarik ke dinding. HE sangka budak-budak sengaja menakut-nakutkan HE. Sehinggalah satu tahap, ketakutan HE menjelma apabila larikan kuku tadi memasuki dinding stor dan menembusi ke bilik matron dan berakhir di muka pintu bilik matron dan senyap seketika. Tiba-tiba pintu itu diketuk-ketuk berkali-kali. Kemudian dia mengetuk pintuk masuk Sickbay juga berbunyi. Darah HE berderau dan hanya mampu menutup telinga dengan bantal sehingga terlena dan menanti waktu subuh untuk ke surau.

Itulah pengalamn-pengalaman seram HE… kalian mahu berkongsi cerita juga? Ayuh!

Advertisements

13 thoughts on “Kisah Dulu

  1. >rumah ak y dlu mmg bhantu. dgar cite bekas tempt pancung org, zman jepun dlu.. before ak cement kwsan umah aku tu, sllu dgar bnyi org menggali.. then, after ak cement kwsn umah tu, dgar jugak, tp bunyik org menggali terkena cement..krel, krek.. so, ap bnde bunyik tu??

  2. >aku pun ada citta hantu tp cita bapak aku dan sepupu dia..yg d serga oleh hantu bangkit..kat sabah..time mereka asyik menutup pintu kedai…bapak aku tercium bau yg amat dasyat sekali…yg pelik 2 bunyi hantu itu seperti orang mengerang pakcik aku x perasan…bapak aku buat x tau jer…last2…pakcik nak menutup tingkap tiba-tiba di serga oleh antu bangkit..bapak aku sempat tengok mukanya…kepalanya di dagu kat bahu sebab lehernya hampir putus dan banyk kelip-kelip kat kepalanya….ini kisah benar..x tipu…

  3. >an rakan2 kat hostel d bndr bru bngi ttg bahaya bermain spirit2…nk dmulakan cita. .mlm kejadian pukul 12 mlm n mlm keliwon…mlm i2 aku da pesan kat kawan aku jgn bawa bdk pompuan yg lema semangat join sekali..tp dia nak timbah pengalaman katanyer…bantailah yg penting tgungjawab sendiri…tenga asyik main nie…pintu hostel kmi d tutup dgn kuat sekali..yg peliknya pintu i2 memang tertutup…n slps i2 lampu lilin yg kmi pasang terpadam…sajer jer pakai lilin ambil mood seram…hiii…dan yg seram sekali..burung hantu berwarna putih ingap betul2 kat ranting pokok kat luar tingkap hostel kami….hostel kami tingkat 3…smua dah mula seram..kerana dah telampau seram…kmi pakat hantu 2 home…tp dia berdegil….dia kata minat kat minah 2…sampai 4 subuh bru dia nk home….dlm hati Alhamdulillah…ingatkan dah selesai lah keseraman mlm 2….jadi akupun plah toilet…tenga di dlm toilet…aku ternampak pergerakan bayang2 seolah2 sedang menari ..mula2 aku ingatkan pergerakan bayangan aku cause mula2 aku gerakkan kepala ke kiri serupa..ke kiri serupa gak…tp bila dah asyik gerakan kepala aku….bayang2 i2 menjelma menjadi realistik…aku fokos bayangan 2 jelas menjelma susuk tubuh tenga menari2..aku apalagi llintang pukanglah jawabnya..enta sempat bertayamum atau x…..nasib baiklah ada yg warak jgk katakn….jd dia azankan hostel2 mlm 2…mlm 2 kmi tido sebilik…rupa2 semua xleh terlelap….keesokan paginya dlm tempat kursus…nak cita skit setiap pagi di tmpt kursus kmi..awal2 pagi ambil kehadiran diluar dewan…tiba2 budak pompuan yg joint mlm 2 lema semangt terus histeria…yg peliknya pompuan 2 asyik meronta nak tendang aku…walau di angkat keudara…sampai ke petang brulah pulih…dgn bantuan ustad last2 kes nie sampai ke telinga warden kat sana…apa lagi habis semua yg terlibat kena cuci habis-habisan..2 jer hiii maaf klu x seram…cita ni aku alami sendiri d

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s