>Sakit Telinga

>

Yoshimura front Desk, originally uploaded by hairieusoff.

Jarang memberi perhatian pada telinga atau terlebih beri perhatian pada telinga dengan mengoreknya terlalu dalam akan memberikan kesan.

Hari ini membawa isteri ke klinik telinga. Dua hari sebelum itu, katanya gatal-gatal dan dia minta HE korek telinganya, tiada apa. Sebelah lagi pula yang tiba-tiba ada darah di dalam telinga. Terus bercadang hendak ke klinik esoknya.

Esoknya masih tidak jadi pergi kerana HE sibuk di kampus sehingga malam. Hari ini selepas menunaikan solat Jumaat baru HE bawa isteri ke klinik telinga. Asalnya hendak ke bandar Fujisawa, mujur rakan kampus yang juga pensyarah Bahasa Melayu-Indonesia, Pak Totok menyarankan HE sebuah klinik telinga berhampiran rumah. Katanya bagus.

HE ke klinik telinga Yoshimura. Selesanya melihat klinik mereka.

Isteri dianggil dala tempoh 30 minit kerana manusianya memang ramai. Staf di situ bercakap dengan suara yang agak kuat, maklum sahajalah semua pesakitnya bermasalah dengan telinga. Selepas pemeriksaan hampir setengah jam juga, barulah isteri HE keluar.

Isteri diberikan ubat setiap teinganya. Telinganya ditutup dengan ubat dan ditampal dengan plaster untuk menahan ubat dari keluar sehingga dibuka esoknya. Selesai pemeriksaan kena pula turun ke tingkat bawahnya untuk membeli ubat di farmasi.

Petang itu isteri menjadi golongan sedikit kurang pendengaran. Malah dia ragu-ragu untuk berbicara dengan orang (khasnya ketika membeli barang dan ke kedai) kerana pendengarannya tidak membenarkan dia menhakimi kekuatan suaranya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s