>Rangkaian Sosial

>

26/09/2007


Kamarul telah menyertai rangkaian Malaysia. 9.07 ptg


Kamarul menyertai Facebook 9.06 ptg

HE jejaki kiriman-kiriman awal HE di facebook. HE lihat HE mula kan rangkaian sosial facebook pada 26 September 2007.

Satu perkembangan yang amat pantas di alam siber kala ini apabila manusia mewujudkan rantaian dan kelompoknya dengan aplikasi-aplikasi yang kian bercambah. Dahulu apabila google mula popular menjadi alat carian di internet, ada istilah googling dan seterusnya apabila social network berkembang satu persatu dari friendster ke myspace, ada pula istilah seperti friendstering dan myspacing.

  

SN, originally uploaded by hairieusoff.

Kini orang sudah menggilai facebook. Istilah facebooking mungkin menjadi popular kini apabila ia menjadi sebahagian waktu yang diambil dalam harian kita. Memuat naik gambar, mengirimkan pesanan dan mencari rakan-rakan lama. 

HE signup facebook pada 26 September 2007 dan membiarkan sahaja ia seperti akaun lain yang sewaktu dengannya, Friendster, MySpace, Hi5 dan Multiply. Kemudiannya, kenalan bertambah satu persatu dan Facebook HE menjadi meriah. Kini, bila bertemu rakan baru, persoalannya 

Kau ada facebook?

di YM juga bertanyakan soalan yang sama. Letih juga mendengar soalan ini tetapi inilah trend masa ini. 

dude, join us for lunch? HE

nope, im kinda facebooking something... Teman

Itu kini, masa depan, tidak pula kita ketahui suasananya. Yang pasti, untuk waktu-waktu mendatang dunia siber memfokuskan manusia, human centric manakala sekitarnya menyumbangkan kandungan dan hubungan di antaranya. Internet, menjadikan dunia ini kecil dan dekat. Perjalanan menjadi pantas. Ia mengingatkan HE perjalanan Rasulullah dengan Buraq dari Mekah ke Baitul Muqadis pada waktu Isra Mi’raj. Adakah kita bakal atau mampu melalui perjalanan sepantas itu?

ps: sekarang HE sudah sign up Twitter. Tidak tahu bila pula ia akan merebak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s