>Berkelah di Kodomo No Kuni

>

  

Jepun bersepah, originally uploaded by hairieusoff.

Buat pertama kalinya selepas berpindah ke Kanagawa, HE berkesempatan bersua dengan sahabat dan kenalan yang berada di Jepun ini. Sebelum ini, hampir semuanya bertemu melalui blog dan Facebook. Akhirnya terrealisasi juga pertemuan empat mata dengan mereka.

 

 

Piknik, originally uploaded by hairieusoff.

Seronok melihat makanan yang banyak tetapi seronok lagi bercerita. Ramai yang hadir. Kelompoknya kelihatan Malaysia tetapi berslanga Utara. Macam tempat berkumpul orang Utara pula. Riuhnya pula usah dicakapkan. Agaknya pening Jepun-Jepun yang ada dik keliling tu melihat kelaku kami memasing macam letak speaker di mulut. Selesai berborak dan makan. ambil gambar dan pulang. Masing-masing pulang macam itik pulang petang sebab sudah kenyang.

  

Free drawin, originally uploaded by hairieusoff.

Paginya, mama bagun awal untuk masak mee goreng mamak dan bihun singapore. Pagi tu macamjadi tak jadi sahaja hendak ke Kodomo No Kuni. Malam sebelum itu, Adia tak sihat kerana selesema dan batuk akibat perubahan cuaca. Memandangkan sudah berjanji, dan Adia dengan keadaan pagi itu dia sudah tidak sabar nak berjalan-jalan, HE pergi juga, lewat dari jadual. Pergi menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang satu jam dengan 3 buah stesyen pertukaran dari Shonandai.

Sampai ke Kodomo No Kuni atau terjemahan ringkasnya Negara Kanak-Kanak merupakan tama dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. Selepas melepasi pintu masuk, laluan permulaan di penuhi dengan lukisan kanak-kanak. Diletakkan kapur di situ untuk membiarkan anak-anak melukis apa sahaja dengan gambaran imaginasi mereka dan kreativiti mereka.

Rakan SeMalaysia, originally uploaded by hairieusoff.

 

HE dan keluarga tidak dapat pergi kemana-mana di dalam Kodomo No Kuni kerana ada piknik dengan sahabat handai, mungkin ke sini lagi dengan anak-anak untuk melepaskan mereka berbuat apa saja yang mereka mahu untuk sehari dalam dunia mereka dan dalam sebuah negara mereka, negara kanak-Kanak.

ps: aku rasa dunia ini kecil… di sini aku jumpa x-koleq dan juga x-uum. tidak jumpa di Malaysia, jumpa di Jepun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s