>Shonandai Fantasia Festival

>

 

Adia Shonan1, originally uploaded by hairieusoff.

Di Jepun, pada waktu tertentu, memang musim Matsuri. Di tempat HE, pekan terdekatnya bernama Shonandai. Di sini juga ada matsuri. Kebiasaannya festival akan ada perarakan dan kemudian aktiviti riadah, ada fleamarket, gerai-gerai seperti pasar malam dan pertunjukan pentas.

HE keluar dengan Adia. Lakukan date sekali lagi. Lama sangat Adia diperam di rumah. HE keluarkan dari rumah tu. Minggu lepas Adia berjalan dan mata Adia memang tajam. Semasa berjalan di flea market dia sudah nampak satu tas tangan pink dan ada Charming Kitty. Kalau dua perkara tu memang mata dia tajam. Kalau tak kerana benda pink, lepas itu ada Kitty pulak, habis lah papa dia. Dapatlah dia satu beg macam nyonya pergi pasar. Ha Ha Ha Ha. Harganya Yen 150.

 

Adia Shonan2, originally uploaded by hairieusoff.

Kemudian, kalau namanya Matsuri, ada aktiviti untuk kanak-kanak seperti menangkap ikan emas. Adia minta buat perkara itu. Akhirnya, bapanya juga yang buat. Yang pasti dia nak ikan saja. Kemudiannya dia hendak main gelungsur. Ada gelungsur dari plastik yang dalamnya berisi angin. Kenalah beratur panjang. Orang Jepun tidak kisah berkenaan hal beratur ini. Mereka tidak akan memotong barisan. Kalau di negara kita, baik di jalan raya baik di mana ada saja, ada manusia yang tak sabar-sabar dan kemudian nak mengelat dari beratur.

Bila Adia main gelungsur, ikan ke mana, beg dia ke mana. Hilang sudah ayu dia dengan beg pink tadi. Lupa diri!

Matsuri – Festival

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s