>Wasabi

>

Fresh Wasabi, originally uploaded by CeeKay’s Pix.

Pertama kali ke kedai sushi khasnya kaiten zushi 100 yen, HE kerap kali berdepan dengan ketidaktentuan pinggan-pingan yang sushinya disapu dengan parutan wasabi atau tidak. Saat itu, mengambil pinggan sushi ibarat memilih jalan hidup antara dua simpang. Kata Tom Hanks dalam wataknnya sebagai Forest Gump,

Life was like a box of chocolates. You never know what you’re gonna get

Sejak isteri HE mengajar melihat pinggan sushi tertentu untuk penentuan sushi dengan wasabi atau sushi tanpa wasabi, suasana makan sushi semakin mudah. Itulah jadinya. Jika malu bertanya sesat jalan.

Wasabi amat terkenal di negeri bergelar tanah Mentari Terbit ini. Hasil kepopularan wasabi sangat berkait rapat dengan imej negeri Jepun. Maka tidak hairan di negara kita ada kedai-kedai menjual kekacang bersalut wasabi untuk perlambangan rasa negeri Jepun.

Biar sekalipun popular di negeri sendiri tetapi keterbukaan terhadap dunia luar sejak era Meiji sekitar 1860an, menyaksikan masyarakat Jepun pantas menyesuaikan diri mereka dengan citarasa dan makanan luar. Penerimaan Kari dari India dan kemasaman Tom Yam Thai memberikan kelainan kaedah permakanan Jepun. Wasabi telah menjadi pinggiran dan hilang tarikan.

Masyarakat Jepun walaupun terkenal masih utuh dengan resam mereka, generasi baru dan muda-mudi terlihat agak ekstrem dengan pengaruh luar. Mereka dilihat sudah tidak gemar memakan wasabi lagi. Malah dalam analisis mereka mendapati pengaruh memakan wasabi lebih cenderung tehadap warga luar daripada kalangan generasi X mereka.

Perekembangan ini dirasakan agak membimbangkan kerana imej sebagai masyarakat samurai akan semakin terhakis. Bagi mendepani “krisis” budaya ini, beberapa televisyen ada menyiarkan kaedah memakan wasabi dan bagaimana wasabi kepayahan memperolehinya di rimba-rimba Jepun.

Melihatkan wasabi dengan masalahnya, mengenangkan pula bagaimana nasib Tempoyak dan Belacan di negara kita. Adakah pernah orang kita merenung anak bangsa kita yang muda untuk meneruskan tradisi menikmati rasa tempatan. Melihatkan kedai makan berstatus makanan segera yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di sekitar kita, hati tertanya-tanya adakah suatu hari nanti, tiada Cencalok, Tempoyak atau Belacan dalam menu harian kita? Semunya lantaran kehidupan kita yang mengejar masa. Dalam masa yang sama kita mempunyai alternatif untuk makan di gerai-gerai dengan kos yang agak murah.

Walaupun persoalan ini agak remeh pada mata sesetengah pihak, tetapi kita juga perlu sensitif dengan apa juga perkembangannya. Ini kerana jika kita tidak melayan perkembangan ini dengan sebaiknya, maka gaya hidup dan permakanan kita akan terus berubah dan hanya menjadi lipatan sejarah.

Sama seperti kemahsyuran wasabi di Jepun dan Tempoyak, Belacan dan Cencalok di Malaysia, sebagai satu warisan dalam kehidupan kita, khazanah ini perlu terus dipertahankan dalam rencah setiap sanubari kita walau di mana jua kita berada.

kaiten zushi – sushi yang pinggannya diletak diatas pelantar yang berpusing-pusing

8 thoughts on “>Wasabi

  1. >Hai HE,Cerita mengenai saya dan kawan pula hadir majlis tahunan makan malam syarikat tempat bekerja di hotel sini, cuba cuba merasa makanan Jepun.Saya ternampak pes hijau di meja bufet dan mengagak ini mestilah wasabi dan mengambil sedkit sahaja sebab saya pernah terbaca ianya agak pedas.Saya tidak tahu kawan saya telah mengambil sesudu penuh dan terus menyuap kesemuanya dalam mulut.Tahu tahu mata dia sudah merah berair sambil berkata, " Apa yang aku makan ni kak, pedasnya!"Ummi Ammar, Kluang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s