>Pasca kelahiran di Jepun: Siri III – Visa

>

Dokumen Visa Anak, originally uploaded by hairieusoff.

Selepas kalian sudah buat paspot anak sila ke imigresen Jepun. Walaupun tidak dapat paspot lagi pun perlu membuat visa. Ada kalangan sahabat hanya perlu maklum tetapi HE diberitahu orang imigresen, perlu mebuat visa dalam masa 1 bulan selepas kelahran bayi. Jika tidak kalian kena sediakan surat tunjuk sebab. macam HE kena buat surat tujuk sebab kerana melebihi 1 bulan selepas kelahiran dan untuk membuat visa, kalian perlu sediakan dokumen berikut berdasarkan gambar di atas:

(dokumen berdasarkan status anak sebagai pelajar di Jepun)

  1. Questionaire (untuk parents) – akan diberi di kaunter imigresen. berkaitan butir-butir ibu dan bapa seperti maklumat pasport dan status visa.
  2. Borang permohonan visa anak kalian – akan diberikan di kaunter imigresen.
  3. Sijil Penerimaan Laporan Kelahiran juga dikeluarkan oleh City Hall. Dalam bahasa jepunnya (出生届受理証明書)
  4. Sijil Kelahiran (yang dikeluarkan dari hospital) ATAU Salinan sah Laporan kelahiran yang dikeluarkan oleh City Hall. – Dalam siri I HE ada letak perkara yang perlu dibawa pulang dari City Hall. – Selalunya Hospital bagi lepas tu kita bawa ke City Hall lepas tu kita minta City hall buat salinan sah dokumen itu. – dalam bahasa Jepunnya (出生証明書)
  5. Sijil Alien Registration (bukan Alien Card) untuk seluruh ahli keluarga – Dapatkan di City Hall selalunya dengan harga ¥300 sekeping.
  6. Surat Tunjuk Sebab (jika kalian daftar lewat dari 1 bulan).
  7. Kad Alien Registration (yang hadir ke pejabat imigresen)
  8. Surat gerenti berkaitan sumber kewangan pelajar – Macam HE dapat biasiswa JPA, jadi HE dapatkan dari dari pejabat Sumber Manusia di Kedutaan Besar Malaysia.
  9. Kad Alien Registration Anak yang di perolehi dari City Hall seperti Siri I.
  10. Bukti anda seorang pelajar. – HE beri Certificate of Enrollmet ke Universiti.

Selepas beri semua dokumen itu, kalian tunggu beberapa minit dan kalian boleh dapat visa anak kalian untuk diletakkan dalam paspot nanti.

Visa ini kalian perlu tunjukkan kepada City Hall untuk Kad Alien Registration anak yang baru.

2 thoughts on “>Pasca kelahiran di Jepun: Siri III – Visa

  1. >Kad Alien Registration <—- Kenape peliknye nama kad nie?Nie baru nak buat Visa… byk gak ek prosedur2 diorg..Ingatkan Jepun maju.. takpi.. main isi2 form jugak..kekekkekek

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s