>Pasca kelahiran di Jepun: Siri II – Pendaftaran Warganegara Malaysia

>

Daftar Kelahiran, originally uploaded by hairieusoff.

Kali ini HE nak menerangkan langkah kedua selepas kalian sudah membuat pendaftaran di City Hall dan menamakan anak kalian. Kali ini kalian perlu mendaftarkan anak kalian sebagi warganegara Malaysia (lain lah kalau kalian nak jadikan di warganegara Jepun). Bagi melakukan proses ini, kena pergi ke Kedutaan Besar Malaysia di Shibuya.

Selain membuat pendaftaran kewarganegaraan, perkara kedua yang perlu dilakukan ialah Pasport anak kita. Jadi kesimpulannya, dua perkara yang perlu dilakukan di Kedutaan ialah:

  1. Pendaftaran Kelahiran anak di luarnegara sebagai warganegara (pastikan anak berumur sebelum 1 tahun)
  2. Paspot anak.

Di sini borang permohonan akan diberikan setelah semua dokumen ada dan lengkap. Jadi sediakan semua dokumen dengan lengkap supaya tidak sia-sia kalian ke Kedutaan nanti. Kita mulakan dengan Pendaftaran Kelahiran atau Pendaftaran Warganegara. Dokumen yang diperlukan ialah:

Bapa

  1. Paspot (original dan salinan) – pastikan semua muka yang telah digunakan (muka depan, visa, cop-cop dan sebarang cetakan di photocopy.
  2. Surat beranak keluaran Malaysia (original dan salinan depan belakang asing-asing kertas)
  3. Kad pengenalan (original dan salinan depan belakang asing-asing kertas)
  4. Sijil kahwin (original dan 2 salinan depan belakang asing-asing kertas)
  5. Sijil Alien Registration (bukan Alien Card) – Dapatkan di City Hall selalunya dengan harga ¥300
  6. Surat Akuan dari Bapa (jika ibunya bukan warganegara Malaysia yang datang untuk mendaftarkan anak)

Ibu

  1. Paspot (original dan salinan) – pastikan semua muka yang telah digunakan (muka depan, visa, cop-cop dan sebarang cetakan di photocopy. – Jika Ibu warganegara Jepun, Lesen memandu atau Kad Insuran boleh digunakan.
  2. Surat beranak keluaran Malaysia (original dan salinan depan belakang asing-asing kertas) – Ibu warganegara Malaysia
  3. Kad pengenalan (original dan salinan depan belakang asing-asing kertas) – Ibu warganegara Malaysia
  4. Sijil Alien Registration (bukan Alien Card) – Dapatkan di City Hall selalunya dengan harga ¥300.
  5. Kad Residen selepas bayi dilahirkan (original ) – Jika ibu warganegara Jepun.
  6. Salinan sah Pendaftaran Keluarga selepas kelahiran anak (original) – Jika ibu warganegara Jepun.

Anak

  1. Sijil Kelahiran (yang dikeluarkan dari hospital)  ATAU Salinan sah Laporan kelahiran yang dikeluarkan oleh City Hall. – Dalam siri I HE ada letak perkara yang perlu dibawa pulang dari City Hall. – Selalunya Hospital bagi lepas tu kita bawa ke City Hall lepas tu kita minta City hall buat salinan sah dokumen itu. – dalam bahasa Jepunnya (出生証明書)
  2. Sijil Penerimaan Laporan Kelahiran juga dikeluarkan oleh City Hall. Dalam bahasa jepunnya (出生届受理証明書)
  3. 2 gambar anak kalian dengan mata yang terbuka dengan saiz 5 X 3.5 cm – latar belakang biru.

Untuk paspot anak

  1. 2 gambar anak kalian dengan mata yang terbuka dengan saiz 5 X 3.5 cm. – latar belakang biru.
  2. 2 salinan lagi dokumen seperti di atas kecuali gambar.

Itu sahaja dan kalian akan terima slip untuk mengambil item tersebut. Selalunya sekejap sahaja tetapi bergatung kepada keadaan seperti tiada stok paspot (HE pun tidak tahu ada keadaan begini). Oh ya, peringatan sekali lagi dokumen salinan hendaklah:

  1. Bersaiz kertas A4.
  2. Hanya cetak sebelah muka sahaja.
  3. Kalau salinan paspot, sila pastikan semua muka yang telah digunakan dibuat salinan. (macam HE ari tu banyak juga, cetakan pemberitahuan pasport hilang tu pun dia nak) – Dalam erti kata lain, jika page dalam paspot tu dicop ke, diletak visa ke, di print oleh komputer ke, maka photocopy aje la.
  4. Mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh agensi di Jepun, pastikan dalam masa 3 bulan sahaja.

OKla. itu sahaja untuk Siri II ini. kalau kalain sudah ambil sijil perdaftaran warganegara, dokumennya seperti gambar di atas.

ps: nash, kak hani atau sesiap yang terer nihongo, tolong hiragana kan kanji di atas. hehe

One thought on “>Pasca kelahiran di Jepun: Siri II – Pendaftaran Warganegara Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s