>

Baby Doc, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa isteri HE bersalin pada 13 Ogos lepas, sebaik sahaja hospital mengeluarkan surat akuan bersalin (bertanda 2), HE bawa juga sekali surat yang telah diambil dari city Hall untuk wang bantuan bersalin City Hall sebanyak ¥350,000.

Jadi sebaik sahaja isteri kalian bersalin beberapa perkara perlu dibawa ke City hall untuk pendaftaran Penduduk dan juga nama anak anda dalam masa 2 minggu:

1. Buku rekod mengandung bayi (bertanda 1)
2. Surat Akuan bersalin / Sijil Kelahiran dari hospital (bertanda 2) – masa ini sudah letak nama rasmi anak kalian.
3. Surat mohon bayaran oleh City Hall terus kepada Hospital sebanyak ¥350,000. – Bergantung kepada hospital. Macam HE, ambil dari City Hall dan kena ada part yang di isi oleh Hospital dan lepas bersalin bawa balik ke City Hall.

Kemudian pergilah ke City Hall dan mendaftar anak kalian untuk semua perkara iaitu:

1. Pendaftaran Warga Asing (Gaikokujin Torokusho)
2. Insuran kesihatan.

Pastikan kalian membawa pulang perkara berikut:

1. Alien card anak anda
2. Kad Insuran anak anda
3. Salinan Sijil kelahiran yang di keluarkan oleh Hospital. Salinan asal diambil oleh City Hall, jadi minta City Hall bagi salinan yang sah.
4. Sijil Penerimaan Laporan Kelahiran.