>

Malaysia Pos Laju, originally uploaded by hairieusoff.

HE baru dapat bungkusan dari mentua HE pada hari ini iaitu 9 Oktober 2008.

Jika kalian lihat pada gambar, bungkusan ini dipos sebelum Aidilfitri iaitu 30 September 2008 seperti yang bertanda no. 1 dan 2 dengan warna merah. Bungkusan ini menggunakan perkhidmatan “Pos Laju” dengan caj RM218++ (bertanda merah dengan no. 3) tetapi HE tidak tahu dimana kelajuannya.

Rupa-rupanya Pos Malaysia bercuti 5 hari sempena Aidilfitri. Wah. Jika begini boleh lumpuh agaknya perkhidmatan pos andai banyak lagi cuti perayaan di Malaysia.

Di Jepun, hari Sabtu dan Ahad juga mereka hantar surat dan bungkusan. HE sebenarnya tidak faham kenapa Pos Malaysia men’cuti’kan ‘semua’ pekerjanya kerana perayaan. Pada HE perkhidmatan pos juga seperti perkhidmatan di hospital atau televisyen di mana ada perkerja yang bekerja pada waktu perayaan. Kalau di Jepun, perkhidmatan seperti Pos malaysia ini sudah tentu dapat komplen besar-besar sampai ke dalam televisyen.